Tuesday, November 20, 2007

'LELAKI POKOK' DIHALANG KE AS

JAKARTA: Seroang lelaki di sebuah perkampungan di indonesia yang dikenali sebagai 'Lelaki Pokok' mungkin dihalang daripada pergi ke Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan rawatan, menurut satu laporan semalam.

Lelaki tersebut, Dede, 32, menghidap sejenis penyakit kulit dimana sebahagian badannya ditumbuhi kulit dimana sebahagian badannya ditumbuhi sejenis ketuat yang menyerupai kulit pokok.

Dede tidak dapat bekerja kerana penyakit itu menyebabkan keseluruhan tangannya ditumbuhi ketuat yang seakan-akan akar pokok.

Kisah penyakit ganjil yang menimpa lelaki tersebut juga ditayangkan di saluran dokumentari Discovery Channel pada bulan ini.

"Kami tidak memberikan kebenaran kepada doktor di AS untuk membawa Dede ke negara itu," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Sriwahyuni Sulistiyowati.

"Kebanyakan penduduk kampung seperti Dede tidak mahu meninggalkan kampung halaman mereka terutama sekali untuk memberikan sampel darah.

"Pada kebiasaannya penduduk kampung juga tidak mudah untuk memberikan kebenaran kepada orang asing untuk menguji darah mereka," jelasnya yang dipetik dari akhbar Warga Kota.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan memberi komen dengan lebih lanjut ketika dihubungi menerusi telefon.

Dalam imej yang disiarkan dalam dokumentari Discovery Channel itu, Dede diperiksa oleh seorang ahli dermatologi dari Universiti Maryland AS, Anthony Gaspari.

Gaspari percaya penyakit kulit Dede itu berpunca daripada sejenis virus dan masalah genetik yang menyebabkan sistem imun badannya tidak mampu membunuh virus berkenaan.

*Orang yang menghalang tu zalim, dia tak rasa macam mana Dede tu rasa, senanglah dia buat kenyataan. Sedangkan aku masih ingat masa aku tonton rakaman tu, Dede sendiri mintak pada Gaspari, supaya Gaspari rawat dia sebab dia nak sembuh. Kenyataan orang tu tak ubah satu propaganda politik. Gajah bergadug, semut ditengah-tengah mati tersepit.

1 comment:

  1. Anonymous5:01 PM

    sepatutnya berilah dia peluang untuk menikmati hidup sebagai orang lain. saya ada menyaksikan dokumentari nie. Dade juga ada impian seperti orang lain.

    ReplyDelete