Sunday, August 20, 2006

Gambar Flying Humanoid

Nampaknya cerita tentang flying humanoid ini terlalu panjang untuk aku sambung. Dan segalanya pada akhir cerita hanya meninggalkan persoalan dan tiada jawapan apakah jenis entiti ini?

Adakah dia manusia yang mempunyai teknologi yang canggih, tapi kenapa pula merahsiakan dari orang ramai?

Adakah ia mahluk dari luar angkasa, tapi kenapa hanya datang keseorangan sahaja?

Adakah ia hantu?Ini lagi tak masuk dek akal, kerana kejadian berlaku pada waktu siang dan objek tersebut berjisim.

Tapi tak bermakna aku akan berhenti bercerita pada kamu semua. Cuma cerita ini akan bersambung tapi dengan tajuk-tajuk yang berbeza namun masih mempunyai hubung kait. Kerana bagi aku semua cerita misteri mempunyai cerita yang lebih kurang sama cuma ia berlaku di berbeza kawasan dan berbeza fahaman dan pendapat.

Contoh kita lihat kejadian yang berlaku di Malaysia sendiri. Kejadian flying humanoid ini ada berlaku ditanah air kita. Cuma bila ia berlaku disini secara terus kita akan mengatakan benda tersebut adalah hantu. Padahal ia adalah sejenis mahkluk yang kita tidak tahu kewujudannya. Seperti dulu ketika haiwan keluang banyak berada di hutan Johor. Ramai yang salah anggap dengan mengatakan haiwan tersebut hantu kerana perbezaan saiznya dengan kelawar, sebab sayap keluang boleh membesar selebar 4 atau 7 kaki lebar!

Jadi disini aku attachkan beberapa gambar flying humanoid yang dapat mereka ambil ketika kejadian tersebut berlaku. Untuk pengetahuan pembaca, kejadian ini ada beberapa kali masuk didalam akhbar tempatan.




Saturday, August 12, 2006

Anggota polis diserang Manusia Terbang...

Ini adalah sambungan siri artikel dari misteri manusia terbang yang sering berlaku di Mexico.

Pada tahun 2004 seorang anggota polis Mexico telah diserang oleh manusia terbang atau dengan lebih sedap ia dipanggil sebagai ‘Flying Humanoid’.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi iaitu 3.15 am hari jumaat. Bertarikh 16 januari, 2004. Mangsa, seorang pegawai polis bernama Leonardo Samaniego sedang menjalankan tugasan rutinnya. Namun hari tersebut menjadi sejarah yang tidak mungkin akan dia dapat lupakan.

Ketika dia sedang melakukan rondaan, keretanya dihampiri oleh satu objek hitam yang besar menyerupai manusia. Lalu objek tersebut yang kelihatan terbang dari satu pokok telah melintasi dihadapannya membuatkan dia memberhentikan keretanya untuk melihat objek tersebut. Kemudian objek tersebut secara perlahan mendarat perlahan berhampiran hadapan kereta perondanya (bayangkan pontianak tengah mendarat).

Leo berkata “perempuan???” menurutnya perempuan tersebut memakai baju hitam dari atas hingga kebawah. Dan ‘flying humanoid’ tersebut tidak mendarat sepenuhnya keatas jalan, tapi terbang terapung-apung, dalam erti kata lain kakinya tak menjejak tanah. Objek tersebut juga seakan-akan cuba melidungi wajahnya yang dipancar oleh lampu kereta perondanya. Namun menurut Leo dia masih dapat melihat objek tersebut yang berada dalam kilauan cahaya lampu keretanya dengan jelas. Leo mengambarkan wajah objek tersebut kelihatan sedih dan berpakaian seperti ahli sihir yang selalu ditonton dalam cerita2 dongeng inggeris.

Kemudian tragedi ngeri pun berlaku…

Objek tersebut terbang menerjah ke but kereta Leo. Menyebabkan Leo terperanjat, lalu dengan pantas Leo menukarkan gear kepada reverse dan mengundurkan keretanya. Dan juga Leo cuba menghubungi untuk mendapatkan bantuan.

Apa yang berlaku…

“ dia kelihatan seperti ahli sihir, terbang dengan laju menerjah dihadapan kereta saya. Saya terkejut, lalu mengundurkan kereta sambil cuba menghubungi rakan bagi mendapatkan bantuan.” Leo

Menurutnya lagi, setelah objek tersebut menerjah dihadapan keretanya. Ia bertindak cuba menyerang dengan tangannya melalui cermin tingkap. Ketika inilah Leo dapat melihat dengan lebih jelas wajah objek tersebut…

“perempuan… matanya hitam besar, kesemua hitam.. ia tidak mempunyai kelopak mata. Kulitnya coklat kehitaman dan berwajah garang. Dia bersunguh-sungguh ingin mendapatkan dan menyerang saya dengan kukunya yang putih itu.’”Leo .

Ketika mengalami kejadian tersebut, akhirnya Leo pengsan kerana ketakutan. Selepas beberapa minit dua orang polis yang menerima panggilan meminta bantuan darinya sampai ditempat kejadian. Mereka menjumpai Leo tidak sedarkan diri didalam kereta peronda.

Kemudian pemeriksaan dilakukan terhadapa Leo. Leo didapati bersih dari pengaruh dadah dan alkohol, jadi ini membuktikan dia bercakap benar. Sungguh pun dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Ini mungkin kerana ketika kejadian itu berlaku, ia tidak membuka cermin kereta dan juga tidak keluar dari kereta peronda. Selepas 3 hari kejadian tersebut berlaku, 2 orang anggota polis telah membuat pengakuan mereka juga telah berhadapan situasi yang sama.

Penyiasatan terhadap flying humanoid disambung minggu hadapan. Apakah kaitan flying humanoid dengan Mothman.

Saturday, August 05, 2006

Apa sudah jadi dengan bigfoot?

Apa sudah jadi.

Kalau anda peka dan sukakan cerita-cerita misteri paranormal. Pasti anda akan perasan yang cerita tentang pencarian bigfoot mula beransur-ansur senyap. Berlalu bagaikan khabar angin. Baru-baru ni, saya melawat laman web kajian mengenai binatang misteri yang dipanggil Crypt To Zoology.

Antara perbincangan mereka adalah mengenai raksasa air seperti lochness, giant squid (dah terbukti) dan binatang-binatang yang dikategorikan sebagai missing link. Seperti bigfoot dan skunk-ape.

Tapi apa yang saya mahu katakan disini adalah. Apa yang sebenarnya berlaku di hutan Johor? Mana dia lagi berita-berita penemuan yang terbaru?

Tapi apa yang seperti kita jangkakan, bila ekspidisi pencarian bigfoot dilakukan pasti ada yang mengambil kesempatan. Dengan kepandaian dan keegoan yang ada lalu wujudlah laman-laman forum yang berkenaan dengan pencarian bigfoot ini. Seperti Johor Hominid yang kononnya sebuah laman forum dari ekspidisi pencarian bigfoot tersebut. Sehingga mereka telah kejayaan yang kita boleh anggap sebagai kejayaan yang besar dan sepatutnya mendapat liputan luas dari media. Tapi tiada.

Nak tahu apa? Ya, mereka telah memaparkan satu gambar yang dapat ambil dan mendakwa gambar tersebut adalah gambar mata milik bigfoot betina. Kemudian ia menjadikan laman tersebut hangat pada hari gambar itu dipaparkan.. Ia menjadi satu perdebatan yang hebat antara pengkaji-pengkaji dan pemilik laman tersebut. Lalu dengan berani pemilik laman telah mencabar sesiapa yang dapat membuktikan gambar tersebut satu penipuan akan di bayar RM1,200.

Untuk maklumat dan berita selanjutnya dan juga gambar itu anda boleh baca di The Star

Tuesday, August 01, 2006

PENERJUN 'SKYDIVER' LANGGAR JAMBATAN

Seorang ahli payung terjun menemui ajal ketika melakukan aksi lagak ngeri di Colorado. Mangsa telah melanggar sebuah jambatan setinggi 1000 kaki dan jatuh keatas batu dikawasan tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Dwain Weston, 30, melakukan lagak ngeri dengan terjun dari kapal terbang lalu diikuti oleh penerjun lain. Namun mangsa yang melakukan penerjunan dengan kelajuan yang mencecah sehingga 100km telah gagal dan silap membuat pengiraan yang sepatutnya beliau membuat pendaratan yang tepat diatas jambatan tersebut lalu melanggar jambatan.

Ketika kejadian tersebut, lebih dari 200 orang sedang menyaksikan aksi lagak ngeri yang berkesudahan dengan kejadian ngeri.

Disini saya paparkan video yang sempat dirakam oleh video amatur. Dan juga wawancara dengan rakan mangsa dimana dia menceritakan saat-saat kejadian ngeri tersebut berlaku. Menurutnya ketika kejadian tersebut, dia berada tidak jauh dari belakang simangsa. Malahan dia juga ada menyatakan badannya bermandikan darah mangsa!

Kejadian berlaku pada tahun 2006 bertarikh 6,Oct.