Saturday, August 12, 2006

Anggota polis diserang Manusia Terbang...

Ini adalah sambungan siri artikel dari misteri manusia terbang yang sering berlaku di Mexico.

Pada tahun 2004 seorang anggota polis Mexico telah diserang oleh manusia terbang atau dengan lebih sedap ia dipanggil sebagai ‘Flying Humanoid’.

Kejadian tersebut berlaku pada waktu pagi iaitu 3.15 am hari jumaat. Bertarikh 16 januari, 2004. Mangsa, seorang pegawai polis bernama Leonardo Samaniego sedang menjalankan tugasan rutinnya. Namun hari tersebut menjadi sejarah yang tidak mungkin akan dia dapat lupakan.

Ketika dia sedang melakukan rondaan, keretanya dihampiri oleh satu objek hitam yang besar menyerupai manusia. Lalu objek tersebut yang kelihatan terbang dari satu pokok telah melintasi dihadapannya membuatkan dia memberhentikan keretanya untuk melihat objek tersebut. Kemudian objek tersebut secara perlahan mendarat perlahan berhampiran hadapan kereta perondanya (bayangkan pontianak tengah mendarat).

Leo berkata “perempuan???” menurutnya perempuan tersebut memakai baju hitam dari atas hingga kebawah. Dan ‘flying humanoid’ tersebut tidak mendarat sepenuhnya keatas jalan, tapi terbang terapung-apung, dalam erti kata lain kakinya tak menjejak tanah. Objek tersebut juga seakan-akan cuba melidungi wajahnya yang dipancar oleh lampu kereta perondanya. Namun menurut Leo dia masih dapat melihat objek tersebut yang berada dalam kilauan cahaya lampu keretanya dengan jelas. Leo mengambarkan wajah objek tersebut kelihatan sedih dan berpakaian seperti ahli sihir yang selalu ditonton dalam cerita2 dongeng inggeris.

Kemudian tragedi ngeri pun berlaku…

Objek tersebut terbang menerjah ke but kereta Leo. Menyebabkan Leo terperanjat, lalu dengan pantas Leo menukarkan gear kepada reverse dan mengundurkan keretanya. Dan juga Leo cuba menghubungi untuk mendapatkan bantuan.

Apa yang berlaku…

“ dia kelihatan seperti ahli sihir, terbang dengan laju menerjah dihadapan kereta saya. Saya terkejut, lalu mengundurkan kereta sambil cuba menghubungi rakan bagi mendapatkan bantuan.” Leo

Menurutnya lagi, setelah objek tersebut menerjah dihadapan keretanya. Ia bertindak cuba menyerang dengan tangannya melalui cermin tingkap. Ketika inilah Leo dapat melihat dengan lebih jelas wajah objek tersebut…

“perempuan… matanya hitam besar, kesemua hitam.. ia tidak mempunyai kelopak mata. Kulitnya coklat kehitaman dan berwajah garang. Dia bersunguh-sungguh ingin mendapatkan dan menyerang saya dengan kukunya yang putih itu.’”Leo .

Ketika mengalami kejadian tersebut, akhirnya Leo pengsan kerana ketakutan. Selepas beberapa minit dua orang polis yang menerima panggilan meminta bantuan darinya sampai ditempat kejadian. Mereka menjumpai Leo tidak sedarkan diri didalam kereta peronda.

Kemudian pemeriksaan dilakukan terhadapa Leo. Leo didapati bersih dari pengaruh dadah dan alkohol, jadi ini membuktikan dia bercakap benar. Sungguh pun dia tidak mengalami apa-apa kecederaan. Ini mungkin kerana ketika kejadian itu berlaku, ia tidak membuka cermin kereta dan juga tidak keluar dari kereta peronda. Selepas 3 hari kejadian tersebut berlaku, 2 orang anggota polis telah membuat pengakuan mereka juga telah berhadapan situasi yang sama.

Penyiasatan terhadap flying humanoid disambung minggu hadapan. Apakah kaitan flying humanoid dengan Mothman.

1 comment:

  1. Anonymous9:04 PM

    yang ni memang antu kowt...

    ReplyDelete