Tuesday, November 27, 2007

PENUKARAN THEME BLOG

Kepada semua pengunjung dan rakan. Aku dah tukar theme baru. Jadi semua link dah hilang, takpe jangan khuatir. Nasib baik ada mybloglog, so mana yang ada register dengan meka, maka dapatlah aku cari korang balik. Insya'Allah esok aku akan kemas kini semua link-link.

Harap korang semua suka dengan theme baru ni. Top secret beb... hahaha

Ini adalah filem baru Stephen Chow, aku masukkan kat sini sebab ia mengenai UFO!

Monday, November 26, 2007

KUCING DUA MUKA





Yang ini baru dua muka, sebab ia berfungsi sebagai satu saja. Dua muka ke, dua kepala ke, mahupun kepala tiga. Masih lagi nampak comel dan tidak merbahaya. Itu yang penting.

KUCING DUA MUKA.... DUA KEPALA SESUAI KUT?



Seekor kucing dilahirkan dengan dua muka. Ia mempunyai dua mulut, dua hidung dan empat pasang mata. Ia juga dipercayai mempunyai dua otak, kerana jika yang satu tidur. Pasangannya itu masih boleh dalam keadaan sedar. Ini membuktikan ia dikawal oleh otak yang berlainan.

Wednesday, November 21, 2007

KREATIF ATAU...



Ngeri tak bila dengar subliminal mesej tu? Cuba bayangkan ada sesetengah lagu tu korang minat sangat. Selalu nanyi lagu tu, tapi disebalik lagu tu... rupa-rupanya?

Tapi aku tabik lah orang yang boleh buat lagu mempunyai subliminal mesej. Sebab dari sebuah lagu, boleh jadi dua. Aku ada juga buat pada beberapa lagu orang melayu. Tapi takde satupun yang mempunyai subliminal mesej.

Jadi diluar tu, ada tak mana-mana pencipta lirik melayu yang berani nak buat satu lagu yang mempunyai subliminal mesej? Boleh keluar dua album, album original dan juga album reversed!

Tuesday, November 20, 2007

'LELAKI POKOK' DIHALANG KE AS

JAKARTA: Seroang lelaki di sebuah perkampungan di indonesia yang dikenali sebagai 'Lelaki Pokok' mungkin dihalang daripada pergi ke Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan rawatan, menurut satu laporan semalam.

Lelaki tersebut, Dede, 32, menghidap sejenis penyakit kulit dimana sebahagian badannya ditumbuhi kulit dimana sebahagian badannya ditumbuhi sejenis ketuat yang menyerupai kulit pokok.

Dede tidak dapat bekerja kerana penyakit itu menyebabkan keseluruhan tangannya ditumbuhi ketuat yang seakan-akan akar pokok.

Kisah penyakit ganjil yang menimpa lelaki tersebut juga ditayangkan di saluran dokumentari Discovery Channel pada bulan ini.

"Kami tidak memberikan kebenaran kepada doktor di AS untuk membawa Dede ke negara itu," kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Sriwahyuni Sulistiyowati.

"Kebanyakan penduduk kampung seperti Dede tidak mahu meninggalkan kampung halaman mereka terutama sekali untuk memberikan sampel darah.

"Pada kebiasaannya penduduk kampung juga tidak mudah untuk memberikan kebenaran kepada orang asing untuk menguji darah mereka," jelasnya yang dipetik dari akhbar Warga Kota.

Bagaimanapun, jurucakap itu enggan memberi komen dengan lebih lanjut ketika dihubungi menerusi telefon.

Dalam imej yang disiarkan dalam dokumentari Discovery Channel itu, Dede diperiksa oleh seorang ahli dermatologi dari Universiti Maryland AS, Anthony Gaspari.

Gaspari percaya penyakit kulit Dede itu berpunca daripada sejenis virus dan masalah genetik yang menyebabkan sistem imun badannya tidak mampu membunuh virus berkenaan.

*Orang yang menghalang tu zalim, dia tak rasa macam mana Dede tu rasa, senanglah dia buat kenyataan. Sedangkan aku masih ingat masa aku tonton rakaman tu, Dede sendiri mintak pada Gaspari, supaya Gaspari rawat dia sebab dia nak sembuh. Kenyataan orang tu tak ubah satu propaganda politik. Gajah bergadug, semut ditengah-tengah mati tersepit.

Sunday, November 18, 2007

KAMERA TANGKAP GAMBAR HANTU


Ini adalah sebuah kamera 35mm kamera pakai buang. Ia akan menambahkan imej jelmaan hantu pada setiap gambar yang anda ambil. Tidak! ia bukan boleh mengambil gambar hantu yang sebenar. Tapi gambar hantu tersebut memang sudah ada didalam filem kamera tersebut.

Tapi apa yang mendatangkan persoalan. Bagaimana jika hantu benar-benar terakam pada gambar yang diambil oleh kamera Ghost Finder Camera ini? Adakah kita dapat membezakan mana hantu sebenar, mana yang tidak?

Berminat untuk membelinya? Disini Ghost Finder Camera

Friday, November 16, 2007

ASAP BIRU PAPAR DIRI UNTUK TERKENAL



Misteri asap biru muncul dan terakam pada sebuah kamera keselamatan disebuah stesen minyak menimbulkan persoalan tidak terjawab.

Walaupun imej yang dikatakan jelmaan hantu tersebut terakam lebih dari 30minit, ia masih gagal memberikan jawapan kepada pakar-pakar paranormal yang menyelidiknya.

Satu asap misteri berwarna biru telah muncul dan terakam pada sebuah kamera keselamatan disebuah stesen minyak telah menimbulkan persoalan tidak terjawab. Walaupun imej yang dikatakan jelmaan hantu tersebut terakam lebih dari 30minit, ia masih gagal memberikan jawapan kepada pakar-pakar paranormal yang menyelidiknya.

Ramai yang telah menonton rakaman tersebut berpendapat, asap tersebut adalah jelmaan malaikat atau hantu. Malahan ada saksi yang menonton rakaman tersebut merasa seram dan takut. Tapi pakar yang menyelidik rakaman tersebut, berpendapat imej tersebut hanya serangga yang hinggap di permukaan lensa kamera tersebut. Serangga tersebut kelihatan kabur kerana serangga itu tidak berada dalam jarak fokus kamera. Namun apa yang menjadi persoalan, serangga apa berwarna biru itu?

Wednesday, November 14, 2007

LELAKI POKOK



Seorang nelayan lelaki yang dikenali sebagai Dede, 35tahun di Indonesia menghidap satu penyakit misteri setelah mengalami luka dilututnya ketika remaja berubah apabila badannya mengeluarkan dan berubah menjadi akar-akar pokok.

Ketumbuhan tersebut yang semakin lam semakin membesar mengakibatkan beliau gagal melakukan kerja seharian.

Dia yang dipercayai mengalami penyakit yang dinamakan Human Papilloma Virus (HPV), yang biasanya penghidap akan mengalami ketumbuhan kecil dibahagian tertentu dan mengakibatkan kesakitan.

Seorang doktor Amerika telah melakukan kajian terhadapnya dan memberikan jawapan yang Dede boleh dipulihkan dengan pemantauan perubatan.