Friday, November 16, 2007

ASAP BIRU PAPAR DIRI UNTUK TERKENAL



Misteri asap biru muncul dan terakam pada sebuah kamera keselamatan disebuah stesen minyak menimbulkan persoalan tidak terjawab.

Walaupun imej yang dikatakan jelmaan hantu tersebut terakam lebih dari 30minit, ia masih gagal memberikan jawapan kepada pakar-pakar paranormal yang menyelidiknya.

Satu asap misteri berwarna biru telah muncul dan terakam pada sebuah kamera keselamatan disebuah stesen minyak telah menimbulkan persoalan tidak terjawab. Walaupun imej yang dikatakan jelmaan hantu tersebut terakam lebih dari 30minit, ia masih gagal memberikan jawapan kepada pakar-pakar paranormal yang menyelidiknya.

Ramai yang telah menonton rakaman tersebut berpendapat, asap tersebut adalah jelmaan malaikat atau hantu. Malahan ada saksi yang menonton rakaman tersebut merasa seram dan takut. Tapi pakar yang menyelidik rakaman tersebut, berpendapat imej tersebut hanya serangga yang hinggap di permukaan lensa kamera tersebut. Serangga tersebut kelihatan kabur kerana serangga itu tidak berada dalam jarak fokus kamera. Namun apa yang menjadi persoalan, serangga apa berwarna biru itu?

3 comments:

  1. Fuhh... lagi satu misteri nih.

    ReplyDelete
  2. wow...misteri sungguh aku tgk...by the way, org yg cakap bende tu serangga maybe die x percaya langsung dengan dunia ghaib.. maybe..atau dia nk pesongkan dengan kaedah saintifik..

    ReplyDelete
  3. mazudi: layannnn... hehehe

    faza: mgkin jugak... tp pkr2 ni smua mmg elok kita kaji dlm kaedah saintifik... :wink

    ReplyDelete