Friday, July 25, 2008

ANGKASAWAN AS AKUI MAKHLUK ASING WUJUD


LONDON - Makhluk asing pernah menghubungi manusia beberapa kali tetapi pihak kerajaan menyembunyikan kebenaran selama 60 tahun, kata lelaki keenam yang berjaya berjalan di bulan, Dr. Edgar Mitchell

Dr. Edgar yang merupakan angkasawan kapal angkasa Apollo 14, mendakwa mengetahui bahawa banyak objek terbang tanpa dikenali (UFO) melawat Bumi ketika beliau berkhidmat sebagai angkasawan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik Amerika Syarikat (AS) tetapi maklumat itu disembunyikan.

Menurut laporan akhbar semalam, beliau membuat dakwaan itu ketika ditemu ramah oleh sebuah stesen radio.
Dr. Edgar berkata, sumber-sumber di agensi angkasa yang mempunyai hubungan dengan makhluk asing menggambarkan makhluk asing itu adalah manusia kecil dan kelihatan ganjil berbanding manusia.

Beliau mendakwa, teknologi manusia tidak secanggih makhluk asing dengan menganggap mereka mempunyai mata dan kepala besar.

Dr. Edgar bersama komander Apollo 14, Alan Shepard memegang rekod sebagai manusia paling lama berjalan di Bulan iaitu selama sembilan jam dan 17 minit pada 1971.

Menurutnya, maklumat berhubung mahkluk asing itu disembunyikan selama 60 tahun tetapi ia kini beransur-ansur dibocorkan dan sebahagian pihak diberikan keistimewaan untuk mendapat penerangan ringkas mengenainya. - Agensi

*SUMBER DARI AKHBAR HARIAN KOSMO

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Gunakan Bhs.Indonesia sesuai EYD yg benar.

    ReplyDelete
  3. Anonymous7:01 AM

    makluk asing memang wujud dah beribu orng telah melihat ufo..mereka lebih maju dri manusia..teknolji mereka sangat cangih tidak dapat dtiru oleh manusia..

    ReplyDelete