Wednesday, May 31, 2006

Alien di Mexico?

Mengapa Mexico menjadi pilihan mereka?

Kita sudah maklum tentang sejarah yang memeranjatkan dunia. Pasal UFO ni, iaitu cerita tentang UFO telah terhempas di Mexico Roswell. Semenjak dari kejadian tersebut pelbagai cerita misteri wujud disana. Malahan ia juga membuka minda dan melahirkan satu fenomena iaitu bidang paranormal. Manusia mula mengorak langkah dari tahun tersebut bagi mendekati makhluk dari dunia luar ini.

Kemudian wujudnya konspirasi dari kerajaan, yang menubuhkan pasukan siasatan khas yang dinamakan MiB bagi merahsiakan kegiatan tentang UFO. Video2 pembedahan forensik alien dari roswell, area51 yang dikenali sebagai pusat kajian UFO dan bermacam-macam lagi seolah macam cerita berantai. Bersambung tanpa penghujung.

Cuma satu saja yang menjadi tanda tanya mereka adalah. Mengapa Mexico menjadi satu tempat yang paling kerap dikunjungi?

Contohnya video ini, beberapa remaja sedang gembira bermain bola. Seorang dari mereka mengambil video dengan menggunakan handphone kameranya. Sedang khayal mereka bermain, rupa-rupanya mereka diperhatikan oleh makhluk bijak yang mempunyai sifat ingin tahu yang kuat. Saksikan lah... dan nilaikan sendiri.




Menurut sumber yang berkenaan, pihak kerajaan Mexico sedang menyiasat video tersebut.

Sunday, May 28, 2006

World's Smallest Visual Website

Ok ini sesuatu yang menarik. Untuk pertama kalinya sebuah laman web dengan memaparkan visual paling kecil pertama didunia. Sebelum anda masuk ke website ni, anda kena pastikan dahulu yang anda tidak mengalami masalah rabun mata. Website ni adalah website flash game. Antara game yg t'dapat dalam website ni adalah. Pacman, pong, piano, shop dan macam-macam lagi.

Saturday, May 20, 2006

Konspirasi Band DEWA?

Ini adalah artikel mengenai konspirasi tentang band yang hangat dan dimintai oleh anak muda kita. Mereka di Indonesia mengatakan bahawa band Dewa ini membawa unsur-unsur yahudi, dengan menyelitkan logo-logo keagamaan yahudi. Apa-apapun sila lah klik link tersebut untuk mengetahui kisah selanjut dan nilaikanlah sendiri.




Pstt... logo immunity(berbentuk mata) adalah logo yang paling hangat diperkatakan oleh dunia. Merupakan konspirasi bagi Amerika.

Wednesday, May 17, 2006

Siapa Jeremy?

Sila la tonton video kat bawah ni. Aku tak tahu apa niat orang ni dengan memalukan kereta nasional kita. Cemburu atau memang kereta nasional tak berkualiti? Nampaknya kereta nasional kita kena buat impact yang besar untuk meningkatkan kualiti dan memeranjatkan mereka. Jangan lah masih menggunakan teknologi zaman lampau lagi...





Saturday, May 13, 2006

Alexendar

Alexendar adalah anak kepada philip II of macedon dan ibunya pula ialah olympias. beliau mempunyai seorang guru peribadi yang menggajarnya pelbagai ilmu dari ilmu pelajaran hinggalah keilmu peperangan iaitu aristotle. se-telah kematian bapanya yang agak konspirasi, beliau diangkat menjadi raja greek di usia yang sebegitu muda ketika itu juga pengguasaan pemerintahannya tersebar luas di tharace dan ilyria.

setelah pemerintahannya di greece dan balkan, beliau bercita-cita tinggi mahu meluaskan empayarnya. alexendar mengerahkan askar-askarnya menyeberang terus ke hellesport(dardanelles) dan mengambil alih startegi peperangan yang terbesar dalam sejarah dunia. disungai granicus berdekatan hellesport, alexander dan tenteranya dapat mengalahkan bala tentera miletus dan halicarnassus. dan buat pertama kalinya persia telah tunduk kepada grece. kerana kekuatan bala tenteranya, alexendar ingin menaluki sebahagian dari asia minor lalu terus kesyira. peperangan (battle of issus) tercetus dan akhirnya darius III of persia tunduk greece.

alexendar telah menghalau darius ke ecbatana. sepupu darius iaitu bessus mempunyai rancangan jahat. bessu membunuh darius dan beliau diangkat menjadi raja. setelah mendengar berita tersebut, alexendar telah menyerang wilayah bactricia dan membunuh bessus. ketika di wilayah amu darya, sebahagian bala tenteranya telah menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap tonggak pemerintahan alexendar. konspirasi timbul dan melibatkan anak kepada general perangnya iaitu parmenion, alexendar telah membunuh kedua-duanya sekali dengan kejam. keseluruhan bala tenteranya tidak berpuas hati cara alexendar menerajui peperangan. konspirasi tersebut tidak diceritakan secara terperinci. namun alexendar telah menaluki bactria dan sogdiana setelah berperang dengan sukar, sekarang wilayah-wilayah tersebut adalah afghanistan hingga keindia. sesetengah wilayah disana terpaksa tunduk dengannya kerana takut untuk menghadapi bala tenteranya yang begitu besar. alexendar terus menuju ke hydaspes (sungai jhelum) dan menggalahkan tentera dibawah pemerintah podius. ketika tentera punjab berundur,bala tentera alexendar tidak mahu mengikutnya lagi. Alexendar telah menubuhkan angkatan tenteranya sendiri dan membawa tenteranya terus melalui wilayah padang pasir iaitu baluchistan atau sekarang disebut afghanistan dan iran. misi untuk menawan dunia berakhir dengan tragedi kepulangan yang menyeksakan. alexendar dan bala tentera berakhir di susa.

di susa alexendar telah menghadapi berbagai-bagai masalah dalaman dalam pemerintahnya komplot, untuk menentangnya juga timbul. namun begitu alexendar tetap ingin meneruskan perjuangan membesarkan empayarnya dengan mengikut laluan lautan arab. tetapi mengikut fakta, beliau telah diserang demam panas dan ahirnya mati diusia 33 tahun namun kematiannya banyak menjadi tanda tanya dari fakta yang pelbagai. alexendar telah meninggalkan seorang anak iaitu alexendar aegus. walaupun misi menawan dunia tidak kesempatan, beliau telah menjajah hampir kesemua wilayah timur tengah hingga keasia. terdapat banyak lagendanya yang cukup menarik seperti kesetian kudanya iaitu bucephalus yang sanggup mati mempertahankkan tuannya. mempunyai begitu ramai isteri dan melakukan hubungan sejenis.

Pstt... harus di-ingat, alexender dengan Iskandar adalah orang yang berbeza. Alexender menaluki dunia melalui darat. Iskandar menaluki dunia melalui Laut, dikatakan juga bahawa Alexendar juga telah mengalahkan tentera Iskandar bagi menaluki semula kota Babylon yang ditaluki oleh Iskandar yang mengalahkan raja Babylon.

Friday, May 12, 2006

Pulau Pinang di datangi Piring Terbang???


Gambar ini diambil oleh seorang pelancong Australia, bertempat di Tanjung Bungah pada hari selasa.

Ketika itu pelancong tersebut ingin mengambil gambar pemandangan di waktu senja sebagai kenangan.

Namun dia hanya perasan sesuatu yang ganjil pada gambar tersebut pada keesokan harinya setelah mencuci gambar tersebut. Dan mendapati ada objek tak dikenali(piring terbang) pada imej tersebut.

Pstt... sory sikit sangat dia-nya info, inipun ambil dari akhbar. Memang pendek.

Chinese Ancient Logo Orb!



Gambar ni aku dapat dari seorang customer semasa aku berkerja di kedai gambar dahulu. Masa aku cuci gambar ini, memang aku tak perasan apa-apa. Sehinggalah customer aku nak ambil gambar ni, kemudian dia bertanya pada aku samada aku ada touchup apa-apa ke pada gambar tersebut.

Terkejut juga lah aku, lalu aku tanya dia balik. Ada masalah ke gambar yang dia terima. Lantas dia tunjuk pada aku gambar tersebut, tanya-nya apa benda bulat hijau atas kepala ni. Aku tengok, aku cakap la mana aku tahu, awak yang ambil gambar. Kata beliau, masa ambil gambar takde benda bulat ni.

Lantas aku print lagi satu gambar, memang ada lagi... aku check fail dia(dia guna kamera digital) raw file, bkn file yg di touchup. Aku check plak gambar lain, takde apa-apa keganjilan kecuali gambar yang satu ini saja.

Lalu aku buat ujian atas fail gambar tersebut, aku besarkan imej orb tu. Hasilnya, orb itu mempunyai imej yang berbentuk seperti lambang sesuatu tapi tak pasti apa...




Lagi satu cuba perati cermin mata auntie yang aku tak blurkan tu, seolah ada reflection kat kat situ. yang menunjukkan orb tu berada atas dihadapan mereka.

Monday, May 08, 2006

Jangan mudah terperdaya!!!



Salah seorang daripada anda mungkin telah terlihat atau mendapat email yang menunjukkan grafik binatang pelik yang terpapar ini. Imej ini telah dicuri daripada website seorang artist sculpture Patricia's dan digunakan sebagai kisah fitnah tanpa kebenarannya. Menurutnya, dia tidak tahu dan tidak terlibat dalam penyebaran kisah fitnah ini.

Cerita tentang grafik tersebut bermula dengan tentang sumpahan akibat mempermainkan Al-Qur'an.

Yang menariknya Patricia's sendiri merasa kecewa dengan penyebaran fitnah ini. Kerana mengakibatkan orang percaya tanpa usul periksa, sehingga menimbulkan satu perasaan jelik pada orang ramai. "Pandangannya sebagai seorang artist sculpture."

Imej ini adalah artwork dia yang diperbuat daripada silicon. Menggambarkan tentang teknologi ujian genetik. Teknologi yang dinamakan sebagai HUMAN CHIMERA. Maklumat lanjut tentang beliau dan gambar tersebut sila klik link di bawah.

KLIK

Pstt... Bagi aku, semua ni adalah propaganda bagi menakut-nakutkan orang bukan Islam. Supaya orang bukan Islam melihat agama Islam satu agama sumpahan. Sehinggakan orang bukan Islam menjadi takut untuk masuk Islam, pasal takut kena sumpah jadi benda bukan-bukan akibat melakukan sesuatu dosa.

Allah itu maha bijaksana... DIA tahu apa yang DIA lakukan.