Friday, May 12, 2006

Chinese Ancient Logo Orb!



Gambar ni aku dapat dari seorang customer semasa aku berkerja di kedai gambar dahulu. Masa aku cuci gambar ini, memang aku tak perasan apa-apa. Sehinggalah customer aku nak ambil gambar ni, kemudian dia bertanya pada aku samada aku ada touchup apa-apa ke pada gambar tersebut.

Terkejut juga lah aku, lalu aku tanya dia balik. Ada masalah ke gambar yang dia terima. Lantas dia tunjuk pada aku gambar tersebut, tanya-nya apa benda bulat hijau atas kepala ni. Aku tengok, aku cakap la mana aku tahu, awak yang ambil gambar. Kata beliau, masa ambil gambar takde benda bulat ni.

Lantas aku print lagi satu gambar, memang ada lagi... aku check fail dia(dia guna kamera digital) raw file, bkn file yg di touchup. Aku check plak gambar lain, takde apa-apa keganjilan kecuali gambar yang satu ini saja.

Lalu aku buat ujian atas fail gambar tersebut, aku besarkan imej orb tu. Hasilnya, orb itu mempunyai imej yang berbentuk seperti lambang sesuatu tapi tak pasti apa...




Lagi satu cuba perati cermin mata auntie yang aku tak blurkan tu, seolah ada reflection kat kat situ. yang menunjukkan orb tu berada atas dihadapan mereka.

2 comments: