Thursday, September 21, 2006

SHADOW GHOST

Posting untuk kali ini pasti ramai yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Dimana kadang-kadang kita terdengar orang berjalan berhampiran kita, bunyi orang mandi atau melakukan sesuatu aktiviti dirumah dan ternampak kelibat seseorang didalam rumah, sedang ketika itu anda keseorangan!

Ya fenomena ini dipanggil sebagai shadow ghost.

Apakah ia shadow ghost?

Shadow ghost kebiasaan akan muncul dalam bentuk baying-bayang selain dari membuat bunyi. Tak dapat dipastikan apa niat dia, adakah untuk menemani kita atau sebaliknya. Namun syaitan tetap dengan janji dia, iaitu menyesatkan orang-orang yang beriman. Hantu ini terbahagi kepada tiga jenis atau bentuk. Biasanya dia akan menampakkan dirinya melalui pandangan tepi mata kita (cuba jelling sebelah anda?) hantu jenis ini kebiasaan susah untuk ditangkap gambarnya menggunakan kamera, kerana dia akan hilang bila terkena cahaya (buka lampu cepat!). Malahan dia amat benci pada binatang seperti kucing (nasib baik aku bela kucing). Kehadirannya juga kadangkala boleh dikesan dengan berpandukan bunyi cicak! (ayooo cicak dah berbunyi!)

Bentuk shadow ghost.

1. muncul seperti bentuk awan yang besar.
2. muncul dalam bentuk glob dan bulat.
3. muncul dalam bentuk manusia, suka belari-lari lintas-lintas depan mata. Bentuk fizikal, kepala tersambung dengan bahu.

Dimana ia selalu munculkan diri?
Kebiasaannya dirumah-rumah. Kadangkala ia ada muncul diluar pada jarak pandangan yang jauh.

Sunday, September 17, 2006

BAWANG PUTIH BAWANG HITAM

Kelahiran kembar seiras yang jarang berlaku. Seorang ibu Kylie Hodgson 19, melahirkan anak kembar. Namun apa yang memeranjatkan adalah, anak kemar tersebut mempunyai warna kulit yang berbeza!


The Daily Mail opined that the odds of such a coupling's producing mixed-race fraternal twins were about a million to one:
Skin colour is believed to be determined by up to seven different genes working together.

If a woman is of mixed race, her eggs will usually contain a mixture of genes coding for both black and white skin.

Similarly, a man of mixed race will have a variety of different genes in his sperm. When these eggs and sperm come together, they will create a baby of mixed race.

But, very occasionally, the egg or sperm might contain genes coding for one skin colour. If both the egg and sperm contain all white genes, the baby will be white. And if both contain just the versions necessary for black skin, the baby will be black.

For a mixed-race couple, the odds of either of these scenarios is around 100 to one. But both scenarios can occur at the same time if the woman conceives non-identical twins, another 100 to one chance.

This involves two eggs being fertilised by two sperm at the same time, which also has odds of around 100 to one.

If a sperm containing all-white genes fuses with a similar egg and a sperm coding for purely black skin fuses with a similar egg, two babies of dramatically different colours will be born.

The odds of this happening are 100 x 100 x 100 — a million to one.

Tuesday, September 12, 2006

Terselamat dari kemalangan ngeri!

Pada mulanya aku tak mahu berkongsi dengan sesiapa tentang video ini. Kerana video ini boleh dikatakan mempunyai unsure-unsur yang boleh menganggu perasaan sesetengah penonton. Tapi setelah aku kaji dan mengetahui kebenaran tentang video ini maka aku attach untuk tontonan dan juga cerita benar disebalik video tersebut.

Video ini memaparkan dimana kemalangan yang berlaku kadangkala sukar kita untuk menerimanya. Seorang lelaki berumur 40an sedang melintas jalan menjadi mangsa kemalangan dengan tak disangka-sangka! Dia telah dirempuh dan hampir dihempap oleh sebuah kereta yang terbalik dan terseret dalam kelajuan yang tinggi!

Pada pandangan kamera litar jalanraya tersebut, kita pasti akan menyangka bahawa mangsa tersebut mati. Itu juga berlaku pada pasukan paramedik yang tiba dikawasan kejadian. Ketika melihat mangsa, mereka telah mengambil keputusan mangsa telah mati ditempat kejadian, kerana keadaannya yang mengalami kecederaan yang teruk. Namun apa yang memeranjatkan mereka, ketika mangsa yang ketika itu sudah dianggap ‘mayat’ dan telah diangkat kedalam ambulan bernafas kembali dalam keadaan lemah! Maka usaha untuk menyelamatkan magsa digiatkan. Hasilnya mangsa berjaya diselamatkan, walaupun mengalami kecederaan yang teruk.

Tapi menurut laporan siasatan polis, mangsa didapati bersalah kerana telah melanggar peraturan jalan-raya! Ini kerana ketika mangsa melintas, lampu isyarat pelintas bertanda merah. Maka adalah tidak patut mangsa melintas ketika itu. Dan lagi ketika kereta tersebut merempuhnya, ada satu lubang disitu yang bertindak menyelamatkan nyawanya daripada terus terhempap dengan kereta.



(Tekan button Play, kemudian tekan lagi sekali untuk pausekannya. Tunggu line merah 'download' habis, baru tekan play semula.)

Saturday, September 09, 2006

50 cryptid paling top.

Ahool
Kelawar yang mempunyai saiz yang sangat luarbiasa besarnya. Kemungkinan juga ia adalah spesis keluang, kerana keluang boleh membesar sehingga kepaknya boleh mencapai selebar 7kaki lebarnya. Spesis ini dipercayai wujud di tanah Jawa, ia dipanggil sebagai orang-bati.

Almas

Neanderthaloid atau Homo erectus yang kelihatan seperti humanoid, besar dan berbulu seringkali kelihatan di Euroasia. (lebih kurang macam Bigfoot)

Agogwe
Agogwe adalah makhluk kecil atau dwarf, bentuk mereka seperti manusia. Selalu kelihatan didalam hutan yang wujud di Eastern Africa.

Andean Wolf
Spesis anjing gunung yang tidak dikenali, wujud di Amerika Utara.

Arabhar.
Ular terbang, wujud di kepulauan Laut Arab.

Barmanu
Panggilan Bigfoot bagi orang Pakistan.

Beast of Bodmin (Bodmin Moor)
Nama bagi spesis misteri yang menyerupai kucing di United Kingdom.

Bergman’s Bear
Spesis beruang yang besarnya dipercayai boleh mencapai sehingga 10kaki tingginya apabila ia berdiri. Kewujudan dipercayai di Utara Asia.

Bili Ape
Bigfoot atau mawas di negara Africa.

Bird-of-Paradise
Ada 6 spesis yang dipercayai wujud, berasal dari kepulauan New Guinea.

Blue Mountain Tiger
Spesis kucing yang tidak dikenali seringkali kelihatan di pergunungan Blue Mountain di Australia.

Blue Tiger
Kelihatan di China, pergunungan Fuji. Ia dipanggil harimau biru keran bulunya yang putih itu akan memancarkan warna kebiruan apabila disuluh cahaya bulan.

Jaguar Misteri Peru
Kucing besar yang tidak dikenali dengan bahagian berwarna putih ini pernah dilihat sebanyak beberapa kali di Peru.

Skunk Ape
Juga dikenali dengan nama Myakka ‘ape’ dan beberapa nama tempatan lain (Booger, Swamp Ape). Primat seperti cimpanzi – atau orang utan – ini pernah dilihat dikawasan tengah dan selatan Florida.

Steller’s sea cow (dugong)
Suatu ketika dahulu dianggap sebagai spesis yang telah pupus. Ia merupakan haiwan marin, kelihatan seperti dugong berkedut dan besar dan kerap kali dilihat oleh nelayan-nelayan Russia.

Harimau Tasmania
Thylacine – dianggap telah pupus, marsupial yang kelihatan seperti serigala ini dikatakan sering dilihat dibeberapa kawasan di Australia Barat dan New Guinea.

Tazelwurm
Reptilian crytid klasik berbadan besar dan berkaki kecil dari pergunungan Alps Ero-pah, merupakan haiwan enigmatik

Thunderbird
Burung besar seperti Condor ini, besar kemungkinan adalah Teratorms, dikatakan sering kelihatan dilangit Amerika Utara disepanjang laluan migrasi biasa.

Tzuchinoko
Spesis ular yang tidak diketahui ini, kerap kali dilihat dikawasan tinggi di Korea dan Jepun.

Ucu
Bigfoot Amerika Selatan yang sering dilihat di kaki pergunungan Andean

Waitoreke
Haiwan yang kelihatan seperti memerang aneh yang tidak diketahui itu pernah dilihat di New Zealand. Bagaimanapun, sehingga kini ia belum dikenali sepenuhnya.

Xing-xing
Ini adalah nama spesifik kewilayahan dari China Selatan untuk mawas kecil yang tidak dikenali.

Yeren
Orang liar China ini berwarna kemerahan, semi-pedal dan kerap dilihat oleh penduduk tempatan dan pegawai-pegawai kerajaan dijalan-jalan terpencil.

Yeti
Yeti, Mawas batu yang tidak dikenali, merupakan makhluk yang kerap dilihat melintasi penara Himlaya dan tinggal dilembah berhutan. Anominable Snowman tidak ‘berwarna putih’ sahaja.

Yowie
Hominoid tinggi berbulu yang diketahui ini kerap kali dilihat dibeberapa kawasan terpencil di Australia.

Bobo
Raksasa laut yang ditemui dia lautan Pasifik berdekatan Monterey Bay.

Buffalo Lion
Singa besar yang wujud di Africa, gemar menjadikan manusia sebagai mangsa buru dan memakannya.

Buru
Biawak sebesar 15kaki panjang berwarna gelap. Wujud kepulauan Himalaya. Dipercayai sudah pupus.

Caddy
Binatang laut yang pelik dipercayai wujud di laut Colombia. Ia menyerupai seakan-akan seperti ular besar tetapi mempunyai sirip seperti ikan.

Champ
Raksasa laut yang menyerupai Nessie wujud di tasik Champlain, New York.

Chupacabras.
Gemar menghisap darah kambing (bukan penganut black metal). Ia setinggi 5kaki mempunyai bulu berbentuk spike dibelakang kepala (juga bukan penganut punk). Mempunyai taring (tiada kaitan dengan pontianak) wujud dikepulauan Bermuda.

Ebu Gogo
Setinggi 3kaki, berbulu dan mempunyai tangan yang agak panjang. Spesis betinanya mempunyai buah dada yang labuh. Wujud di Indonesia. Tiada kaitan dengan hantu tetek dan tak pasti sama ada ia adalah spesis jenglot atau tidak.

Giant Anaconda
Sejarah pernah tertulis Anaconda yang terbesar dicatatkan adalah sepanjang 100kaki di Rio Negro, Amazon River.

Giant Octopus
Sotong gergasi yang wujud di lautan Atlantik dan Pasifik. Makanannya adalah ikan besar seperti paus dan juga jerung, itupun jika dia menang dalam perlawannya dengan jerung.

Giant Sloth
Beratnya boleh mencapai sehingga 3tan (mungkin kerana kemalasannya dalam bergerak kut?), akhir sekali dilihat adalah di Amerika dan sekarang dipercayai sudah pupus (mungkin pasal ada macam-macam penyakit, akibat kegemukan melampau).

Globsters
Raksasa pelik yang kelihatan seperti blob (bayangkan korang tempek gula getah kat lantai) ia juga kelihatan seperti ampai-ampai yang tersadai ditepi pantai ‘yang indah…

Honey Island Swamp Monster
‘Swamp thing’ (takde kait mengait dengan mamat swamp thing yang dulu) kelihatan di Lousiana Swamp.

Jersey Devil
Binatang berbentuk kuda yang mempunyai kepak kelawar dan mempunyai tangan. Ia berdiri dengan dua kaki, bukan empat kaki pasal dah diganti dengan tangan. Wujud di New Jersey, Pineland.

Kongamato (bukan tomato-man)
Tiada kaitan dengan siri animasi tomato-man. Makhluk kepercayaan bangsa Jiundu di Zambia. Ia menyerupai seperti kelawar atau seperti burung dinosaurs.

Lake Storsjon Monster
Raksasa yang wujud di Norway.

Lau
Ikan keli yang dipercayai mempunyai saiz sebesar 40kaki panjang di Afrika.

Loch Ness Monster.
Yang ni tak payah lah aku terangkan. Korang dah sedia maklumkan? Ala, takkan tak kenal dengan Nessie kut?

MacFaelane’s Bear.
Bukan sedara mara dengan pencipta siri Spawn. Ia dipercayai binatang hybrid antara beruang Grizzly dan Polar Bear (Mesti kiut gila ni).

Mngwa
Tak tahu nak sebutnya? Aku lagi tak tahu…(sedang ketawa) ia adalah spesis kucing sebesar keldai, wujud di Africa.

Mokele-Mbembe
Jangan tanya aku kenapa nama dia macam gedik aje bunyinya. Dipercayai spesis dinasours yang wujud sehingga kini di Congo, Africa.

Mongolian Death Worm
Wujud di padang pasir Gobi, ia mempunyai bentuk seperti cacing tetapi dalam saiz yang agak besar seperti seekor ular. Boleh membunuh manusi hanya dengan nafasnya yang beracun (entah –entah pasal busuk sangat pasal tak pernah gosok gigi)

Mothman
Manusia terbang. Ala aku pernah ceritakan pasal benda ini dalam kisah misteri manusia terbang.

Ogopogo
Raksasa laut Canada macam nessie.

Orang Pendek.
Artikel mengenainya ada diblog Fazamania.

Black Panthers and Maned Mystery Cats
Wujud di USA.

Dan bonus, aku tambah lagi satu dan menjadikannya sebagai 51 Cryptid paling top.

Naga Tasik Chini.
Raksasa laut yang menyerupai seperti Nessie wujud di Tasik Chini Malaysia.

Kereta hantu.

Video daripada rakaman kereta polis ini memaparkan kejadia dimana mereka sedang mengejar sebuah kereta yang dipandu secara merbahaya. Tapi anda akan terperanjat dimana pada penamat rakaman video pada kereta polis ini menunjukkan kereta tersebut telah melepaskan diri dengan menembusi pagar besi dan menghilang. Saksikanlah rakaman video ini, ia adalah pelik dan menimbulkan persoalan yang sehingga kini tak terjawab.

Konspirasi tentang UFO Jerman

Konpirasi tentang projek rahsia oleh Adolf Hitler pada masa perang dunia kedua. Dimana mereka telah membangunkan sebuah pesawat penyerang berbentuk disc, menyerupai piring terbang. Ia dipercayai boleh terbang dengan kelajuan yang mencapai sehingga 1mach yang pada ketika itu boleh dianggap kelajuan yang paling pantas bagi sebuah pesawat yang wujud pada zaman itu. Ikutilah dokumentari tentang konspirasi ini pada video yang saya attachkan.



Anda rasa pelik dan sukar untuk percaya? disini ada lagi satu sejarah yang paling pelik tentang pembangunan pesawat seperti UFO ini. Iaitu pada zaman pemerintahan raja Asoka. Nanti akan datang saya akan masukkan ceritanya didalam blog ini berserta dengan gambar lakaran pesawat tersebut.