Pada mulanya aku tak mahu berkongsi dengan sesiapa tentang video ini. Kerana video ini boleh dikatakan mempunyai unsure-unsur yang boleh menganggu perasaan sesetengah penonton. Tapi setelah aku kaji dan mengetahui kebenaran tentang video ini maka aku attach untuk tontonan dan juga cerita benar disebalik video tersebut.
Video ini memaparkan dimana kemalangan yang berlaku kadangkala sukar kita untuk menerimanya. Seorang lelaki berumur 40an sedang melintas jalan menjadi mangsa kemalangan dengan tak disangka-sangka! Dia telah dirempuh dan hampir dihempap oleh sebuah kereta yang terbalik dan terseret dalam kelajuan yang tinggi!
Pada pandangan kamera litar jalanraya tersebut, kita pasti akan menyangka bahawa mangsa tersebut mati. Itu juga berlaku pada pasukan paramedik yang tiba dikawasan kejadian. Ketika melihat mangsa, mereka telah mengambil keputusan mangsa telah mati ditempat kejadian, kerana keadaannya yang mengalami kecederaan yang teruk. Namun apa yang memeranjatkan mereka, ketika mangsa yang ketika itu sudah dianggap ‘mayat’ dan telah diangkat kedalam ambulan bernafas kembali dalam keadaan lemah! Maka usaha untuk menyelamatkan magsa digiatkan. Hasilnya mangsa berjaya diselamatkan, walaupun mengalami kecederaan yang teruk.
Tapi menurut laporan siasatan polis, mangsa didapati bersalah kerana telah melanggar peraturan jalan-raya! Ini kerana ketika mangsa melintas, lampu isyarat pelintas bertanda merah. Maka adalah tidak patut mangsa melintas ketika itu. Dan lagi ketika kereta tersebut merempuhnya, ada satu lubang disitu yang bertindak menyelamatkan nyawanya daripada terus terhempap dengan kereta.
(Tekan button Play, kemudian tekan lagi sekali untuk pausekannya. Tunggu line merah 'download' habis, baru tekan play semula.)
nasib baik hidup lagi.
ReplyDeletedah pulih dari kecederaan,
ble buat lagi.. hihi :p