Haiwan yang anda mungkin masih belum mengenalinya dan aneh.
Olm
Proteus anguinus
Amfibia ini boleh ditemui didalam gua Eropah di Slovenia. Ia selalu di salah anggap sebagai anak naga, kerana keanehan bentuknya. Walaupun ia tidak dapat melihat kerana tidak mempunyai mata, dia mampu mengesan sebarang objek dengan mengunakan badannya.
Blanket octopus
Tremoctopus violaceus
Sotong aneh ini mempunyai 3 jantung, air liur yang berbisa, dan juga mempunyai paruh tersembunyi yang kelihatan seperti paruh burung kakak tua. Berupaya untuk menukar warna badannya dan mempunyai tentakel yang berupaya bertindak sendiri tanpa menunggunya berfikir untuk bertindak balas terhadap sesuatu.
Glass frog
Centrolenidae
Gambarnya sahaja sudah cukup menerangkan tentangnya! Telus!
Blobfish
Psychrolutes marcidus
Mengerikan atau menjijikkan? Boleh ditemui di lautan Australia dan Tasmania. Badannya yang sangat lembut menyebabkan ia sukar ditemui. Kebanyakannya mati akibat tersangkut di jala nelayan. Tidak banyak mengunakan tenaga untuk berenang. Dietnya adalah dengan memakan makanan yang terapung.
Assassin spider
Archaeidae
Ya memang pelik, yang panjang itu adalah mulutnya dan juga lehernya! ini kerana, fungsi lehernya yang panjang itu adalah untuk menyokong mulutnya yang panjang. Namun jangan risau, ia tidaklah merbahaya kepada manusia, ukuran saiznya hanya sebesar 2mm dan dietnya hanya memakan lelabah kecil.
Hatchetfish
Sternoptychidae
Salah satu ikan laut dalam, saya percaya mungkin sudah ramai yang mengenali ikan ini. Sebab dah banyak rencana yang mengenalkan kita dengan ikan laut dalam seperti ini. Ikan ini boleh ditemui dikebanyakan laut dalam kecuali yang beriklim sejuk. Kerana ia hidup dikedalaman dasar laut, maka ia berupaya menghasilkan cahaya dengan badannya.
Hairy crab
Kiwa hirsuta
Berbulu! mungkin ada yang meminatinya, atau merasa jijik kepadanya. Namun apa yang ada lihat itu, bukan la bulu yang lembut dan sebenar. Namun ia adalah setae yang meliputi badannya dan ia pejal. Sejenis kulit yang boleh kita jumpa pada udang. Satae itu berfungsi sebagai penapis untuk dia melindungi diri nya dari air yang sudah tercemar.
Leafy Sea Dragon
Phycodurus eques
Kuda laut ini, mempunyai penyamaran yang cantik, badannya kelihatan seperti lumut lautan itulah yang membuatkannya berupaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa ikan lain. Seperti mana kuda laut yang berlainan spesis darinya, habitatnya adalah sama.
Satanic leaf-tailed gecko
Uroplatus phantasticus
Anda mungkin akan tergelak kecil melihat sikecil ini, atau mungkin ada di antara anda yang merasakan ia mengerikan, macam raksasa ultraman jika sekali pandang. Ia boleh ditemui hutan Madasgascar, dietnya dengan memakan serangga kecil. Namun kerana rupanya yang kelihatan aneh tetapi unik dan tidak merbahaya kepada manusia menyebabkan ia semakin pupus, ini kerana ia dijadikan sebagai binatang peliharaan eksotik sesetengah orang.
Hemeroplanes caterpillar
Ular!? bukan ia hanya seekor ulat bulu. Sangat jarang ditemui dan hanya terdapat di hutan Mexico dan Amerika Tengah. Rupa yang seperti ular itu adalah badannya sahaja, bukan kepala ular yang sebenar. Ia tidaklah berbisa, hanya untuk dirinya menyamar dari binatang-binatang dan juga menakutkan manusia yang cuba untuk menganggunya. Dimana jika dia terasa terancam, dia akan mengangkat bahagian depan badannya yang berbentuk ular itu dalam posisi seperti mana ular hendak mematuk. Menarik bukan? Namun ulat bulu ini semakin pupus akibat pembasmian hutan yang dilakukan oleh manusia.
awesome...amazing...so nice GOD.... :)
ReplyDelete