Thursday, September 21, 2006

SHADOW GHOST

Posting untuk kali ini pasti ramai yang pernah mengalami kejadian seperti ini. Dimana kadang-kadang kita terdengar orang berjalan berhampiran kita, bunyi orang mandi atau melakukan sesuatu aktiviti dirumah dan ternampak kelibat seseorang didalam rumah, sedang ketika itu anda keseorangan!

Ya fenomena ini dipanggil sebagai shadow ghost.

Apakah ia shadow ghost?

Shadow ghost kebiasaan akan muncul dalam bentuk baying-bayang selain dari membuat bunyi. Tak dapat dipastikan apa niat dia, adakah untuk menemani kita atau sebaliknya. Namun syaitan tetap dengan janji dia, iaitu menyesatkan orang-orang yang beriman. Hantu ini terbahagi kepada tiga jenis atau bentuk. Biasanya dia akan menampakkan dirinya melalui pandangan tepi mata kita (cuba jelling sebelah anda?) hantu jenis ini kebiasaan susah untuk ditangkap gambarnya menggunakan kamera, kerana dia akan hilang bila terkena cahaya (buka lampu cepat!). Malahan dia amat benci pada binatang seperti kucing (nasib baik aku bela kucing). Kehadirannya juga kadangkala boleh dikesan dengan berpandukan bunyi cicak! (ayooo cicak dah berbunyi!)

Bentuk shadow ghost.

1. muncul seperti bentuk awan yang besar.
2. muncul dalam bentuk glob dan bulat.
3. muncul dalam bentuk manusia, suka belari-lari lintas-lintas depan mata. Bentuk fizikal, kepala tersambung dengan bahu.

Dimana ia selalu munculkan diri?
Kebiasaannya dirumah-rumah. Kadangkala ia ada muncul diluar pada jarak pandangan yang jauh.

2 comments:

  1. a'a r...aku sll trasa camtu kat opis nih ko tau x? sib baik skrg nih bulan ramadan dah kena ikat hehe padan muka xleh kaco aku...aku sll nampak kat hujung2 mata nih...bila pandang xder siap ader sound effect tuh...nih betul2 tau bukan rekaan...

    ReplyDelete
  2. wehh..takkan ni je? sambung la citer hantu lain ke aper ke. sementara ramadhan ada lagi ni, kurang sikit penyakit penakut aku. citer la wehh

    ReplyDelete