Brooklyn Batman- 100 tahun yang lepas, W.H.Smith memberitahu akhbar New York Sun. Dia melihat objek atau binatang terbang yang pelik berbentuk seakan-akan manusia berkepak. Terbang melintasi Brooklyn, New York pada 18 September 1877. Selepas tiga tahun banyak aduan yang diterima oleh orang ramai di Coney Island, Brooklyn. Menurut aduan, objek tersebut menyerupai seperti manusia yang mempunyai kepak seperti kelawar terbang setinggi 1000 kaki diudara. Ada saksi yang menyatakan terlihat wajah manusia asing tersebut. Mereka memberitahu, wajahnya kelihatan ganas dan jahat.
Wingless Angel- Jika sesuatu perkara berlaku hanya dilihat oleh 2 atau 3 orang, aduan hanya anggap dibuat oleh orang yang mabuk atau mengalami illunisasi. Namun sebaliknya berlaku, lebih daripada 240 orang membuat aduan pada tahun 1905 di Voltana, Spain. Aduan tersebut adalah mengenai kejadian misteri manusia asing terbang melintasi tempat mereka. Mereka memberitahu, manusia asing tersebut terbang melayang dengan memakai baju putih tanpa menggunakan alat sampingan seperti kepak atau alat bantuan untuk terbang. Kadangkala manusia asing tersebut terbang melawan arus angin dan kadangkala ia diiringi bunyi-bunyian seperti musik. (erm... macam pontianak versi melayu.)
Flying Robot- Tahun 1936 di Pavlodar Kazakhztan. Mrs. E.E.Loznaya berumur 15tahun terlihat sesuatu kejadian yang pelik dimana ia mendapati suatu objek tak dikenali terbang melewatinya dari atas langit. Objek seperti manusia asing tersebut menurutnya, kelihatan seperti seorang lelaki yang memakai pakaian hitam. Menurutnya lagi, manusia asing tersebut memakai pakaian yang overrall. Dibelakangnya kelihatan seperti dia membawa sesuatu berbentuk tong atau bag sandang. Dia juga menyatakan manusia asing itu mempunyai bunyi bising dan juga dikatakan memakai helmet.
Lagenda Rusia- Dipergunungan Sikhote berdekatan di Vladivostok Rusia sering kelihatan tapak kaki manusia asing yang dikesan seolah-olah seperti membuat anjakan untuk terbang seperti burung. Ada juga saksi yang menyatakan mereka pernah mendengar seperti bunyi kepak yang besar dikibas dan pernah melihat bayang-bayang manusia asing terbang melintasi sungai.
Manusia burung Brazil- Awal tahun 1950, berdekatan laut di Pelotas, Brazil. Sebuah rumah rehat, dimiliki oleh dua pasangan. Mereka sedang berehat berdekatan dengan kawasan tersebut sehinggalah tengahari mereka dikejutkan dengan kejadian misteri. Dimana tempat mereka berehat digelapi dengan bayang-bayang besar. Lalu mereka mendongak untuk melihat keatas, mereka melihat 2 bentuk seperti burung terbang dalam 30 kaki tinggi diatas mereka. Kemudian objek yang mereka sangkakan burung itu mendarat berdekatan dengan mereka, barulah mereka menyedari objek tersebut bukannya burung. Sebaliknya ia adalah manusia seperti lelaki berdiri setinggi 6kaki.
Artikel ini aku akan sambung kemudian. Untuk post yang kemudian, aku akan terangkan kejadian-jadian yang berkaitan dengan perkara misteri ini. Antaranya seorang polis mexico diserang manusia asing pada tahun 2005. Dan juga kajian mengenai projek rahsia ketenteraan, yang membuat kajian teknologi pernerbangan macam filem fantasi Rocketer!
Rajin kau cari info pelik2 ni....teruskan...aku pun suka baca gak....hehehe
ReplyDeletemenarik citer nie..akak suka baca citer2 gini gak..tp nak percaya tu mungkin 50% kot!!
ReplyDeleteBlackpurple: bagus2 teruskan membaca... hehehe
ReplyDeleteKak Noamee: Hanya Allah yang maha mengetahui kak...
Agaknya citer Batman tu direka oleh orang yang pandai carik info macam ko ni la eek. Bagus. Bagus.
ReplyDelete