Saturday, July 15, 2006

EVP

EVP adalah singkatan kepada 'Electrical Voice Phenomena'. Dicetuskan pada tahun 1920. Didalam segmen 'Science Interview' oleh Thomas Edison yang berpendapat kita boleh menhubungi orang yang sudah mati atau hidupan lain yang ada di alam lain. Dengan menggunakan medium seperti ouija board dan spirit of the coin.

Sejarah.

Pertama kali dikesan pada tahun 1959. Oleh Friedrich Jurgenson, selepas memainkan semula rakaman bunyi siulan burung yang dia rakam. Dia menyatakan bahawa dia terdengar, disebalik bunyi-bunyian burung tersebut boleh didengari bunyi bisikan orang bercakap dalam bahasa Norway yang menceritakan keindahan bunyian burung menyanyi di waktu malam. Pada mulanya dia berfikir frekunsi rakaman radio dia telah terganggu dari 'siaran radio', namun dikawasan yang dia membuat rakaman tersebut tidak mempunyai siaran radio. Dalam erti kata lain, tidak mempunyai frekunsi. Kemudian dia mencuba membuat rakaman baru dirumahnya.

Menurutnya, suara tersebut tidak dapat didengari ketika rakaman dibuat. Ia hanya dapat didengari selepas rakaman itu dimainkan semula.

Selepas aduan dari Jurgenson, ramai yang mula tampil dengan membuat akuan mendengar seperti suara-suara bisikan dengan membuat semula seperti teknik Jurgenson. Teknik EVP ini tidak memerlukan teknologi yang tinggi. Anda hanya perlu mempunyai microphone, alat rakaman dan juga kesabaran. Menurut Jurgenson teknik ini kadang-kadang memerlukan masa sehingga berbulan-bulan untuk berjaya. Dia juga menyarankan menggunakan headphone supaya boleh mendengar suara tersebut dengan jelas, ini kerana suara yang terakam itu biasanya kedengaran seperti bisikan yang putus-putus.

Instrumental Transcommunication

EVP dikategorikan sebagai Instrumental Transcommunication (ITC), dikenali sebagai talian kontroversi bermaksud medium perantaraan talian dengan kehidupan selepas kematian. Boleh dikesan dengan alat-alat elektrik seperti radio, television, komputer dan telepon. Merujuk kepada telepon, banyak kes yang diterima dari orang ramai dengan menyatakan mereka mendapat panggilan dari orang yang dikenali namun telah mati. Suara-suara kematian ini juga boleh didengari dari bunyi yang dipanggil sebagai White Noise, bunyi radio yang tidak disetkan frekunsinya.

Ada sesetengah rakaman yang dilakukan mengunakan medium television atau komputer dapat mengesan bayang-bayang susuk seperti muka atau badan muncul di skrin. Kadang-kadang imej tersebut muncul secara keseluruhan yang menunjukan imej seperti seorang sedang berdiri di satu taman yang menunjukkan seolah-olah simati telah aman disana.

Keburukan EVP.

Seperti mana permainan 'Ouija Board' dan juga 'Spirit of the coin'. Permainan ini juga mengundang keburukan yang tersendiri. Dimana orang yang bermain dengan permainan seperti ini akan dirasuk atau dihantui sesuatu yang buruk. Kerana permainan seperti ini menganggu sistem yang tidak sepatutnya kita ganggu. Kiranya seperti kita 'try against the nature!'. Kerana apa yang sepatutnya 'rest in peace' tak payahlah kita menganggunya lagi.

Sebenarnya maklumat tentang EVP ini terlalu banyak untuk aku ceritakan. Tapi aku rasa cukuplah setakat sampai disini. Kerana ketika artikel ni ditaipkanpun aku dah mula rasa seram. Lagi satu aku tak mahu artikel ini nanti disalah gunakan. Sebab jika aku ceritakan dengan terperinici, nanti ada pula yang mencuba teknik EVP ini. Jadi kepada pembaca, aku nasihatkan jangan mencuba! Jika anda masih berdegil, anda tanggung sendiri akibatnya.

No comments:

Post a Comment