Monday, July 31, 2006

Perhatian

Buat masa ini kisah misteri manusia terbang tidak dapat di sambung. Ini kerana saya kurang sihat dan juga sibuk dengan tugasan. Namun begitu saya akan kemaskini blog ini dengan cerita pendek buat masa terdekat ini.

Harap maklum. Segala kesulitan amat dikesali.

Sunday, July 23, 2006

Misteri manusia terbang

Brooklyn Batman- 100 tahun yang lepas, W.H.Smith memberitahu akhbar New York Sun. Dia melihat objek atau binatang terbang yang pelik berbentuk seakan-akan manusia berkepak. Terbang melintasi Brooklyn, New York pada 18 September 1877. Selepas tiga tahun banyak aduan yang diterima oleh orang ramai di Coney Island, Brooklyn. Menurut aduan, objek tersebut menyerupai seperti manusia yang mempunyai kepak seperti kelawar terbang setinggi 1000 kaki diudara. Ada saksi yang menyatakan terlihat wajah manusia asing tersebut. Mereka memberitahu, wajahnya kelihatan ganas dan jahat.

Wingless Angel- Jika sesuatu perkara berlaku hanya dilihat oleh 2 atau 3 orang, aduan hanya anggap dibuat oleh orang yang mabuk atau mengalami illunisasi. Namun sebaliknya berlaku, lebih daripada 240 orang membuat aduan pada tahun 1905 di Voltana, Spain. Aduan tersebut adalah mengenai kejadian misteri manusia asing terbang melintasi tempat mereka. Mereka memberitahu, manusia asing tersebut terbang melayang dengan memakai baju putih tanpa menggunakan alat sampingan seperti kepak atau alat bantuan untuk terbang. Kadangkala manusia asing tersebut terbang melawan arus angin dan kadangkala ia diiringi bunyi-bunyian seperti musik. (erm... macam pontianak versi melayu.)

Flying Robot- Tahun 1936 di Pavlodar Kazakhztan. Mrs. E.E.Loznaya berumur 15tahun terlihat sesuatu kejadian yang pelik dimana ia mendapati suatu objek tak dikenali terbang melewatinya dari atas langit. Objek seperti manusia asing tersebut menurutnya, kelihatan seperti seorang lelaki yang memakai pakaian hitam. Menurutnya lagi, manusia asing tersebut memakai pakaian yang overrall. Dibelakangnya kelihatan seperti dia membawa sesuatu berbentuk tong atau bag sandang. Dia juga menyatakan manusia asing itu mempunyai bunyi bising dan juga dikatakan memakai helmet.

Lagenda Rusia- Dipergunungan Sikhote berdekatan di Vladivostok Rusia sering kelihatan tapak kaki manusia asing yang dikesan seolah-olah seperti membuat anjakan untuk terbang seperti burung. Ada juga saksi yang menyatakan mereka pernah mendengar seperti bunyi kepak yang besar dikibas dan pernah melihat bayang-bayang manusia asing terbang melintasi sungai.


Manusia burung Brazil
- Awal tahun 1950, berdekatan laut di Pelotas, Brazil. Sebuah rumah rehat, dimiliki oleh dua pasangan. Mereka sedang berehat berdekatan dengan kawasan tersebut sehinggalah tengahari mereka dikejutkan dengan kejadian misteri. Dimana tempat mereka berehat digelapi dengan bayang-bayang besar. Lalu mereka mendongak untuk melihat keatas, mereka melihat 2 bentuk seperti burung terbang dalam 30 kaki tinggi diatas mereka. Kemudian objek yang mereka sangkakan burung itu mendarat berdekatan dengan mereka, barulah mereka menyedari objek tersebut bukannya burung. Sebaliknya ia adalah manusia seperti lelaki berdiri setinggi 6kaki.

Artikel ini aku akan sambung kemudian. Untuk post yang kemudian, aku akan terangkan kejadian-jadian yang berkaitan dengan perkara misteri ini. Antaranya seorang polis mexico diserang manusia asing pada tahun 2005. Dan juga kajian mengenai projek rahsia ketenteraan, yang membuat kajian teknologi pernerbangan macam filem fantasi Rocketer!

Tuesday, July 18, 2006

Udang



Spesis udang yang jarang ditemui ditangkap pada hari khamis, 13 julai 2006. Hanya terdapat dalam nisbah 1 dalam 50 juta sahaja spesis jenis ini.

Monday, July 17, 2006

Animal-Human Hybrids

Hybrid bermaksud kacukan atau percampuran DNA berlainan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contohnya binatang yang paling biasa dikacukkan ialah kucing dan jenis burung seperti ayam. Namun apa yang paling mengundang kontroversi dalam dunia kajian biosains adalah DNA binatang dikacukkan dengan manusia. Menurut mereka, kajian ini dilakukan untuk melihat sama ada jika satu hari nanti manusia mempunyai abliti atau kelebihan seperti binatang. Seperti keupayaan kekuatan, mampu untuk melakukan penyamaran (camaflouge) atau mempunyai kepak. Ada juga ahli saintis memberikan alasan, teknologi ini dijalankan bagi memudahkan sesorang yang menghadapi masalah kecacatan dapat diatasi. Contoh pesakit jantung boleh menggunakan jantung monyet bagi menggantikan jantungnya yang telah rosak.

Pada tahun 2003 saintis cina di Shanghai telah berjaya mencampurkan sel manusia dengan benih arnab. Hasilnya, mereka telah berjaya mendapatkan embrio pertama yang dipanggil Human Chimeras. Namun setelah beberapa kajian dibuat hasil kejayaan mereka, akhirnya mereka melupuskan embrio tersebut. Ini kemungkinan mengelakkan formula kejayaan mereka dicuri atau mengelakkan dari kontroversi timbul dikalangan orang ramai.

Kemudian di Minnesota telah mencipta babi yang mempunyai DNA manusia didalam darahnya.

Dan di Stanford University di California, seekor tikus mempunyai abiliti untuk berfikir seperti manusia telah dicipta. Dengan erti kata lain 'Mice with human brain'

Setelah beberapa kajian telah menghasilkan kejayaan. Kemudian telah timbul tanda tanya dari pelbagai pihak. Antara yang menjadi perbualan hangat, manusia tersebut akan wujud dalam bentuk yang bagaimana. Apa hak yang sepatut diberikan kepada meraka (human chimera). Apakah kompilasi yang akan berlaku jika penggunaan organ binatang kepada manusia?

Namun persoalan yang paling hangat adalah. Kesemua kajian ini yang menjadi dalang adalah kerajaan sendiri. Ini kerana mereka ingin mewujudkan satu tentera yang mempunyai abilti yang kuat. Atau menggunakan binatang sebagai penyiasat. Dimana jika tikus yang mempunyai pemikiran manusia itu dihantar sesuatu tempat untuk mengkaji satu rahsia kerajaan lain.


Contoh hasil kajian yang dilakukan keatas seekor tikus, didalam mencipta organ luaran manusia. Dimana badan tikus tersebut mempunyai lebihan daging yang membentuk telinga.

Saturday, July 15, 2006

EVP

EVP adalah singkatan kepada 'Electrical Voice Phenomena'. Dicetuskan pada tahun 1920. Didalam segmen 'Science Interview' oleh Thomas Edison yang berpendapat kita boleh menhubungi orang yang sudah mati atau hidupan lain yang ada di alam lain. Dengan menggunakan medium seperti ouija board dan spirit of the coin.

Sejarah.

Pertama kali dikesan pada tahun 1959. Oleh Friedrich Jurgenson, selepas memainkan semula rakaman bunyi siulan burung yang dia rakam. Dia menyatakan bahawa dia terdengar, disebalik bunyi-bunyian burung tersebut boleh didengari bunyi bisikan orang bercakap dalam bahasa Norway yang menceritakan keindahan bunyian burung menyanyi di waktu malam. Pada mulanya dia berfikir frekunsi rakaman radio dia telah terganggu dari 'siaran radio', namun dikawasan yang dia membuat rakaman tersebut tidak mempunyai siaran radio. Dalam erti kata lain, tidak mempunyai frekunsi. Kemudian dia mencuba membuat rakaman baru dirumahnya.

Menurutnya, suara tersebut tidak dapat didengari ketika rakaman dibuat. Ia hanya dapat didengari selepas rakaman itu dimainkan semula.

Selepas aduan dari Jurgenson, ramai yang mula tampil dengan membuat akuan mendengar seperti suara-suara bisikan dengan membuat semula seperti teknik Jurgenson. Teknik EVP ini tidak memerlukan teknologi yang tinggi. Anda hanya perlu mempunyai microphone, alat rakaman dan juga kesabaran. Menurut Jurgenson teknik ini kadang-kadang memerlukan masa sehingga berbulan-bulan untuk berjaya. Dia juga menyarankan menggunakan headphone supaya boleh mendengar suara tersebut dengan jelas, ini kerana suara yang terakam itu biasanya kedengaran seperti bisikan yang putus-putus.

Instrumental Transcommunication

EVP dikategorikan sebagai Instrumental Transcommunication (ITC), dikenali sebagai talian kontroversi bermaksud medium perantaraan talian dengan kehidupan selepas kematian. Boleh dikesan dengan alat-alat elektrik seperti radio, television, komputer dan telepon. Merujuk kepada telepon, banyak kes yang diterima dari orang ramai dengan menyatakan mereka mendapat panggilan dari orang yang dikenali namun telah mati. Suara-suara kematian ini juga boleh didengari dari bunyi yang dipanggil sebagai White Noise, bunyi radio yang tidak disetkan frekunsinya.

Ada sesetengah rakaman yang dilakukan mengunakan medium television atau komputer dapat mengesan bayang-bayang susuk seperti muka atau badan muncul di skrin. Kadang-kadang imej tersebut muncul secara keseluruhan yang menunjukan imej seperti seorang sedang berdiri di satu taman yang menunjukkan seolah-olah simati telah aman disana.

Keburukan EVP.

Seperti mana permainan 'Ouija Board' dan juga 'Spirit of the coin'. Permainan ini juga mengundang keburukan yang tersendiri. Dimana orang yang bermain dengan permainan seperti ini akan dirasuk atau dihantui sesuatu yang buruk. Kerana permainan seperti ini menganggu sistem yang tidak sepatutnya kita ganggu. Kiranya seperti kita 'try against the nature!'. Kerana apa yang sepatutnya 'rest in peace' tak payahlah kita menganggunya lagi.

Sebenarnya maklumat tentang EVP ini terlalu banyak untuk aku ceritakan. Tapi aku rasa cukuplah setakat sampai disini. Kerana ketika artikel ni ditaipkanpun aku dah mula rasa seram. Lagi satu aku tak mahu artikel ini nanti disalah gunakan. Sebab jika aku ceritakan dengan terperinici, nanti ada pula yang mencuba teknik EVP ini. Jadi kepada pembaca, aku nasihatkan jangan mencuba! Jika anda masih berdegil, anda tanggung sendiri akibatnya.

Tuesday, July 11, 2006

Ikan Keli Gergasi


Ditangkap di sungai Mekong Thailand pada 1 May 2005. Panjang mencapai sehingga 9 kaki. Berat mencecah sehingga 293 kilograms

Saturday, July 08, 2006

Tolong berhenti dari mereka cerita bodoh!



Aku tahu ramai yang dah tengok ikan pari ni, dari akhbar tempatan. Dan cerita ni dah lama berlalu sebenarnya. Tapi aku tengok masih ramai lagi yang tertanya - tanya tentang cerita bangang, 'ikan ni adalah orang yang disumpah!'. Lepas tu ada plak video yang bangang keluar siap di added sound bacaan Al-Qur'an. Ini bagi aku dah mula menghina kesucian agama Islam.

HELL...o!! please la...( to person yg sengal tu) orang sekarang bukan sengal macam lu untuk diperbodoh-bodohkan oleh lu yang sengal.

Oklah... ini yang sebenarnya...

Ikan dalam video tersebut, merupakan salah satu spesis ikan pari yang wujud kat dunia ni. Ikan ni memang jarang ditemui di kawasan perairan laut kita. Kerana ia adalah spesis yang wujud diperairan South Wales (aku ulangi untuk Sengal tu, South wales!) spesis ni dipanggil sebagai Shovelnose Ray. Keadaan ikan ni memang pelik.




Untuk maklumat lanjut pasal ikan ni. Klik pada link Shovelnose Ray


Psst... aku dah la lama tak apdet, tetiba dapat plak cerita yang menyirapkan hati aku. Geram betul aku...