Thursday, December 27, 2007

KUCING MENYALA DALAM GELAP?

Saintis telah berjaya menukar genetik tiga ekor kucing supaya ia berupaya untuk menyala dalam gelap, dalam usaha membuat kajian untuk mencari penawar penyakit bagi manusia.

Kumpulan saintis yang diketuai oleh Kong Il-keun di Hyeongsang National University, Utara Korea, telah mengklon kucing-kucing tersebut setelah berjaya menukar gen kucing itu yang boleh menukarkan warna.

Kucing putih jenis Turkish Angora berupaya untuk menyala berwarna merah bila berada dalam bawah cahaya ultra-ungu. Dan saintis percaya proses tersebut boleh digunakan sebagai ubat bagi rawatan sesiapa yang mempunyai genetik yang lemah. Teknologi itu juga boleh digunakan bagi mengklon binatang terancam seperti harimau dan kucing liar.



4 comments:

  1. Huhu... kesian.
    Camana kucing tu nak buru tikus nanti. Dari jauh tikus dah nampak kucing menyala nyala.

    ReplyDelete
  2. Mazudi: tapi aku rasa kucing ni berguna dikala berlakunya black-out... hahahahaha!

    lagi satu kan aku teringatkan kartun santa claus yang mana, ada satu rusa hidung dia menyala...

    ReplyDelete
  3. silap hari bulan jadilah kes macam cerita I Am Legend.. wakaka

    ReplyDelete
  4. wiiihhh keren amaat...

    ---
    Jika Anda membutuhkan info tentang kampus STMIK silahkan klik website kami di http://jak-stik.ac.id

    ReplyDelete