Friday, October 26, 2007

MANUSIA LAGI MISTERI

Dari dulu lagi aku minat bidang-bidang yang melibatkan perkara-perkara yang misteri dan penuh rahsia. Aku suka untuk menyelidik kenapa dan mengapa perkara tersebut berlaku. Ia sebagai ilmu pengetahuan ang tak ternilai bagi aku apabila mengetahui kebenarannya.

Tapi selama ini apa yang aku baca tentang semua misteri. Ada satu misteri yang susah betul nak selidik dan nak ungkap keluar rahsianya, pasal manusia. Kenapa manusia ni bertindak macam ni, bertindak macam tu. Yang selalunya keluar dari pemikiran dari manusia normal. Gila atau kelebihan?

Cakap pasal perasaan, ada satu perkataan untuk mengambarkan tentang perasaan kebaikan. Iaitu PERASAAN KEMANUSIAN, maksud satu perasaan yang baik, yang membezakan dari binatang. Tahu membezakan mana buruk, mana yang elok. Tapi aku tengok sekarang, dah tak tahu mana satu yang elok, manusia atau binatang? nak kata manusia, banyak betul kerosakan manusia buat. Nak kata binatang, binatang hanya melakukan apa yang dipanggil putaran hidup dia. Contoh seperti harimau, dia wujud sebagai binatang pemakan daging. Jadi dia buat sebagaimana dia dicipta. Kenapa ketara dari manusia ya? Maksud aku, kenapa manusia tak buat perkara seperti mana sebab mereka diwujudkan?

Sebab aku pelik manusia sekarang ni banyak buat perkara yang menyamakan diri mereka dengan bintang, malahan lebih teruk dari binatang. Kalau tak percaya, masuk dalam youtube tu. Tapi saja lah tajuk ANIMAL MASSACRE, melambak rakaman tentang kezaliman manusia keatas binatang. Itu baru kezaliman atas binatang, kezaliman atas manusia sesama manusia?

Malas nak cerita panjang, aku nasihat pergilah youtube dan carilah video tentang ANIMAL MASSACRE yang aku maksudkan kalau nak tengok sendiri kenapa aku cakap MANUSIA LAGI MISTERI

5 comments:

  1. Anonymous8:13 AM

    Lagi misteri sebab kita ada akal, hati dan perasaan, tangan untuk bertindak. Sedang haiwan yang lain berpandukan naluri semata.

    mazudi.com <--reactivate

    ReplyDelete
  2. Anonymous2:24 PM

    haiwan ada deria ke 6...manusia misteri sbb dia jarang guna akal fikiran yg diberi...seperti misterinya bahaya rokok pada kesihatan...tp masih merokok...bahaya menunggang motor secara letak helmet di jalan, tp masih buat...misteri siut..

    ReplyDelete
  3. odows> benar sungguh kata mu... hahahaha misteri2x... fuh

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:59 AM

    kadang2 manusia lebih kejam dr haiwan. lihat shj peperangan zaman sekarang. mana pergi rasa simpati? kekerasan dan segala nya. terserah kpd maha esa.

    ReplyDelete
  5. Syuxx: dah bukan kadang-kadang... memang kejam pun... skunk

    ReplyDelete