Sunday, June 11, 2006

HANTU

Apa dia hantu? Hantu adalah nama yang diberi oleh orang melayu kita. Hantu adalah syaitan, jin dan juga iblis. Sudah janji mereka pada Allah, mereka akan terus menganggu manusia hingga hari kiamat.

Boleh ke kita nampak mereka? Jawapannya boleh. Bukankah Allah dah menyatakan, syaitan boleh menyerupai diri mereka mengikut keinginan mereka mengikut pangkat atau kemampuan mereka. Kecuali menyerupai Nabi Allah.

Pernah tak terfikir, mereka juga mengikut peredaran zaman. Katakan anda berbohong dengan masyarakat dengan menyatakan bahawa di satu taman ditempat anda, anda telah terlihat motor bergerak sendiri tanpa penunggang. Kena di ingatkan syaitan itu ada disebelah kita bukan? Jadi dia akan membenarkan penipuaan anda, dengan menjelmakan diri di taman tersebut sebagai motor tak berpenunggang tersebut sehingga dilihat orang lain, lalu mengiyakan cerita anda. Sebab itu, kita dapat mendengar cerita motor 125z hidup dan bergerak sendiri satu ketika dulu hangat diMuar dan Batu-Pahat. Cerita tentang wolkswagen kuning dan macam-macam lagi.

Orang melayu kita bila bercakap pasal hantu, banyak yang melenting. Kononnya tahyul, merepek dan mendustakan. Padahal, bukankah benda itu yang bangsa kita minta. Kalau tak mahu jangan bercerita. Sebab itu semua permainan syaitan dalam menyesatkan kita. Sebab itu dia merealisasikan apa yang orang ceritakan. Dari seorang berkata apa yang dia tak pasti dia lihat, sehingga menjadi realiti kerana syaitan.

Video dibawah ini diambil oleh sekumpulan remaja di Mexico yang membuat rancangan realiti seperti Seeker di Malaysia. Dan secara tidak sengaja mereka telah berjaya mengambil rakaman hantu sedang duduk di sebuah tanah perkuburan.



Translation: Amiga = Little Girl

Psst... lepas tu aku tak tau apa lagi yang dia merepek. Cuma aku dapat tau, dia jerit kat crew2 dia supaya keluar dari tempat tu secepat mungkin.

3 comments:

  1. aku dah tgk video ni, cam real.. tapi susah la nak rakam hantu ni...

    ReplyDelete
  2. GAMBAR HANTU MMG SUSAH NAK DIRAKAM, IA AKAN MUNCUL SECARA KEBETULAN AJER... PALING TIDAK, KALO KITA DAPAT MELARASKAN KAMERA KITA DENGAN BETUL DIA PUNYA RESOLUSI, SO KEMUNGKINAN BESAR BOLEH LAH DAPAT.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:20 PM

    Sekarang susah sikit nak rakam hantu
    mcm dulu senang bangat
    biasa pg sabtu/ahad dkt dataran merdeka
    tp hantu2 ni laju susah nk rakam

    ReplyDelete