Monday, August 06, 2007

MUSIM MENGAWAN NAGA

Naga hanya akan mengawan tujuh tahun sekali. Naga selalunya tertarik dengan benda yang bercahaya, selalunya naga betina akan menggunakan kaedah ini bagi menarik perhatian naga jantan. Apabila naga jantan dan betina bersedia untuk mengawan, mereka akan mengada satu ritual hubungan yang menakutkan. Dimana pasangan naga akan terbang di altitude tinggi kemudian mereka akan mengunci kuku antara satu sama lain dan membuat terjunan bebas, hanya bila hamper dengan daratan mereka akan meleraikan peganggan antara satu sama lain. Apabila berjaya mengawan, si betina akan membuat sarang menggunakan batu yang disusun membentuk kubah dan menempatkan telurnya. Seperti mana buaya, embrio naga tidak menghasilkan kromosom sex sendiri, kromosom sex anak naga yang bakal menetas bergantung kepada keadaan suhu yang dikawal. Jika suhu rendah, naga betina akan terhasil dan juga sebaliknya jika suhu panas naga jantan akan terhasil. Kulit telur naga, dapat menahan kepanasan api yang dihasilkan oleh ibunya. Dimana ibu naga akan menghembuskan api pada telurnya bagi memastikan suhu telurnya akan berada pada tahap yang selamat iaitu tidak jatuh bawah 60 degrees. Naga mempunyai lidah yang istimewa dimana ia dapat digunakan bagi memeriksa kadar suhu sarangnya.

Ritual mengawan

*bersambung

No comments:

Post a Comment