Kadangkala dalam evolusi kehidupan naga, mereka berjaya memanipulasikan bakteria yang terdapat dalam perut mereka kepada dua cara yang unik. Iaitu sebagai senjata dengan memuntahkan api dari mulut dan untuk kegunaan ketika mengapungkan diri dan terbang. Kebanyakan binatang memperolehi bakteria yang mereka boleh manipulasikan sebagai alernatif melalui makanan. Seperti naga, bakteria yang dimanipulasikan dari dalam perutnya adalah gas hydrogen. Dimana gas hydrogen yang dihasilkan akan disalur memasuki satu ruang khas dalam badannya.
Pengapungan dan terbang.
Naga mempunyai beberapa karekteristik dalam penerbangannya. Naga mempunyai struktur tulang kepak yang ringan dan banyak bagi mengawal tenaga ketika terbang. Mempunyai hati yang besar, ruang dadanya dapat mengisi darah yang kaya dengan oksigen berfungsi bagi memberi tenaga mengerakkan kepaknya yang besar. Walaupun kepak naga boleh mencecah selebar 20kaki, ia masih tidak mencukupi membantu naga mengapungkan diri.
Dengan itu naga akan mengunnakan ruang khas dalam badannya yang terisi dengan gas hydrogen dan methane. Yang mempunyai isian 30 kubik. Ruang tersebut mempunyai gas hydrogen dan methane yang ringan dari udara, akan membantu naga mengapungkan diri.
Nafas berapi.
Gas hydrogen dan methane yang disimpan dan digunakan ketika hendak mengapungkan diri di udara digunakan juga oleh naga sebagai senjata dengan menapulasikannya sebagai api lalu menghembuskan nafas berapinya melalui mulut.
Mulut naga tercipta khas dapat menahan panas api yang dikeluarkan oleh mulutnya. Seperti buaya yang mempunyai satu rahang khas yang boleh tertutup dan terbuka dibahagian dalam bagi mengelakkan air masuk ketika ia menyelam.
*bersambung
No comments:
Post a Comment