Sunday, November 05, 2006

KAHWIN SELEPAS MATI!

Mereka berdua tidak mengenali antara satu sama lain ketika hidup. Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk berkahwin selepas mati.

Kedengaran seperti pelik. Tetapi itulah yang terjadi baru-baru ini, seperti yang dilaporkan didalam akhbar tempatan kita berbahasa cina. Perkahwinan selepas kematian itu berlangsung di Pontian, Johor, 1 Nov 2006.

Kisahnya, 20 tahun dahulu Zhong Jie Neng, Chemical Engineer, mati kerana kanser pada umur 29tahun dan Lin Xiu Lan mati akibat masalah jantung pada umur 18tahun.

Ketika masih hidup, kedua-duanya tidak mengenali antara satu sama lain, namun mereka telah ditanam dalam satu kawasan perkuburan yang sama.

Pihak keluarga masing-masing mengetahui simati ingin berkahwin bersama setelah mendapat mimpi tentangnya.

Kedua belah pihak keluarga simati bersetuju untuk mengahwinkan simati dan mengadakan majlis yang besar.

Keluarga pihak Zhong’s menghantar hantaran berupa, cincin emas dan biskut perkahwinan kepada keluarga Lin’s. Kedua pihak keluarga simati juga membakar rumah kertas, baju dan juga lain-lain barang perkahwinan untuk simati berdua.

*sumber The Star Online

1 comment: