Sunday, October 29, 2006

AREA51

Aku tak tahu nak masukkan apa entry untuk kali ini. Tapi kalau tak update, dah merugikan. Jadi baca sajalah fail lama dalam simpanan aku ni, yang aku ambil dari salah sebuah majalah tempatan.



Area 51 – Kem untuk Tentera atau Alien?

Dimana Area51 Ini?
Salah satu rahsia kerajaan AS yang terbesar ialah berkenaan dengan fungsi dan lokasi sebuah kem tentera yang dikenali sebagai Area 51. Orang awam cuma tahu bahawa Area 51 ini merupakan satu kawasan kepunyaan kerajaan yang jauhnya lebih kurang 95batu daripada Las Vegas. Dan di dalamnya ada satu lapangan yang dibina di pinggir sebuah tasik yang besar.

Apa Cerita?
Bila ditanya apakah kegunaan lapangan terbang di Area51 itu, kerajaan AS tidak memberi sebarang jawapan malahan mereka kata Area51 ini tidak wujud! Kenapa perlu berahsia? Adakah kerana Area51 digunakan untuk test pesawat dan pengebom jet yang paling moden ataupun ada alasan lain? Bila soalan ditujukan kepada Angkatan Tentera AS, ramai juruterbangnya kata Area51 itu memang sebuah tempat menguji pesawat suatu masa dahulu tapi juruterbang dari Angkatan Tentera Udara bukanlah juruterbang yang dipanggil ke Area51 walaupun mereka merupakan juruterbang yang paling berkaliber di situ.

Kem Ujikaji Pesawat Alien

Oleh karana Area51 ini terletak di kawasan padang pasir Nevada, sejauh mata memandang semuanya mendatar sahaja. Orang-orang yang tinggal berkilometer jauhnya dari situ pernah melihat pesawat yang mengeluarkan cahaya yang ganjil di ruang angkasa Area51. Ada pesawat yang sampai melakukan persembahan yang agak mustahil bagi pesawat jet biasa melakukannya. Sehingga menarik perhatian orang ramai untuk mendekati kawasan itu.

Dilarang Masuk Sama Sekali.
Apa yang dibuat oleh mereka di kem Area51 tersebut, tidak lah diketahui oleh orang-orang awam. Ini kerana Area51 dipagari sepenuhnya dan setiap penjurunya dikawal dengan ketat. Malahan untuk mengahampiri kawasan tersebut adalah dilarang sama sekali.

Konklusinya?
Persoalan mengenai Area51 ini sama ada ia digunakan untuk menguji pesawat-pesawat terbang manusia atau alien, adalah tidak diketahui. Tapi usaha yang dilakukan oleh kerajaan AS untuk merahsiakan membuatkan kita tertanya-tanya tentang kajian pewasat-pesawat tersebut.

*sumber dari majalah Gempak.

3 comments:

  1. Ada try surf kat Google earth tak Area51 ni. Kalau dapat best jugak tu.

    ReplyDelete
  2. ish,.. nak selidik perkara macam nie pon nak berahsia.. ish..ish..

    ReplyDelete
  3. area51 adalah tempat alien & tentera As berparti
    sesama sendiri.. hihi.. :p

    ReplyDelete