Wednesday, February 10, 2010

KUCING BERMATA SATU (Cyclopia Syndrome)


SUNGAI BULOH: Misteri apabila seekor daripada empat anak kucing yang baru dilahirkan di Kampung Paya Jaras Dalam di sini, kelmarin hanya memiliki satu mata selain tidak mempunyai hidung.

Lebih menghairankan apabila mulut kucing digelar ‘Monster’ itu tidak normal seperti ‘saudaranya’ yang lain kerana ia seakan menyerupai mulut monyet.

Disebabkan keunikan wajah Monster itu, pemiliknya, Shaheffendi Abd Razak, 25, dan keluarga mendakwa bertuah kerana memiliki seekor binatang peliharaan yang unik.

Menurutnya, dia dan keluarga menyifatkan kelahiran Monster sebagai satu antara perkara ajaib di dunia.

“Mungkin ada yang menyangka kucing ini cacat, namun bagi kami ia istimewa. Malah, jika keunikannya dikira, Monster mungkin boleh disenaraikan sebagai benda ke-8 dalam perkara ajaib di dunia,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Difahamkan, berat Monster hanya 100 gram (g) ketika dilahirkan manakala panjangnya pula 10 sentimeter (sm).

Namun, hasrat keluarga berkenaan untuk membesarkan Monster tidak kesampaian apabila anak kucing terbabit mati kira-kira jam 3 petang, semalam.

Sementara itu, Mufti Selangor, Datuk Seri Tamyes Abd Wahid ketika dihubungi berkata, tiada perkara yang aneh dan pelik berlaku di muka bumi ini sekiranya kita sentiasa berpegang kepada kebesaran dan kekuasaan Allah SWT.

“Allah itu maha berkuasa dan mampu menjadikan apa saja yang dikehendakinya. Jadi perkara itu bukan suatu yang pelik mahupun aneh,” katanya.

Sumber dari: Harian Metro

Memang tiada apa yang nak dianehkan sangat... sebab ia dipanggil sebagai sindrom Cyclopia. Sindrom ni, bukan setakat pada haiwan saja yang berlaku, tetapi juga manusia. Biasanya haiwan atau manusia yang mengalami sindrom ini, tak hidup lama. Sebab kesukaran bernafas akibat tidak mempunyai hidung untuk pernafasan. Tapi bagi siapa yang tak mengetahui tentang sindrom ni, memang akan merasa ia sesuatu yang misteri dan pelik.

Jadi bila perkara semacam ini berlaku, yang sepatutnya mainkan peranan? Media laa... Apa yang patut mereka buat, adalah buat kajian dulu sebelum mengeluarkan sesuatu berita. Tapi sekarang ni, media hanya pentingkan duit. Tak seperti dulu, "kebenaran" menjadi kekuatan. Tak boleh nak kata apa, zaman sekarang. Poket kosong orang tak pandang.

Bukan sekali media buat perkara, "biar untung!" dari buat "Kebenaran!". Sebelum ini, siaran berita pun pernah menyiarkan sebuah berita tentang penemuan ikan yang dianggap misteri akibat banjir. Memalukan, rata-rata orang luar yang menonton berita tersebut tergelak. Dan dengan sinis menyatakan "Bodoh". Sebab ikan yang dipaparkan itu bukan la misteri mana pun, sebab ia hanya lah Alligator Gar. Tapi dalam berita tersebut, sibuk menyatakan ikan tu pelik, aneh dan misteri. Dan seolah-olah menjadi batu api, memperbodohkan orang ramai.

Jika berita itu mengeluarkan penerangan sebegini "ikan tersebut yang dikenali sebagai Alligator Gar, yang selalu ditemui diperairan barat.... Dijumpai di Muar..." boleh la mereka keluarkan kenyataan "ia adalah misteri" sebabnya jauh ikan tu boleh hanyut, dari US sehingga ke Malaysia. Tetapi sebab nak berita tu hangat, jadi sibuklah mereka mengatakan "oh ni misteri ni... misteriiiiii.... hahahahaha"

No comments:

Post a Comment