Thursday, February 01, 2007

PERKAMPUNGAN NEOLITIK DITEMUI




TAPAK WARISAN: Gambar yang diedarkan National Geographic Society
menunjukkan lantai tanah liat rumah Neolitik yang ditemui
di Durrington Walls.

LONDON: Sebuah penempatan luas dan dipenuhi rumah bertarikh seawal 3,000 BC ditemui berhampiran tugu purba Stonehenge di barat laut England, kata saintis semalam.

Pakar arkeologi yakin kawasan kediaman itu membentuk perkampungan Neolitik terbesar pernah ditemui di Britain dan masyarakat yang bertanggungjawab membina tugu Stonehenge dipercayai untuk tempat pemujaan, kawasan perkuburan atau tempat melihat bintang.

“Kami menemui kesan lapan rumah. Kami percaya ia adalah sebahagian daripada sebuah penempatan yang lebih besar dan kami yakin akan mengenal pasti 25 lagi rumah. Saya mengandaikan lebih banyak rumah bakal ditemui,” kata Mike Parker Pearson, profesor arkeologi di Universiti Sheffield.

Ketika kerja penggalian di Durrington Walls, kurang empat kilometer dari Projek Pinggir Sungai Stonehenge, saintis menemui berpuluh tempat bertiang.

Mereka juga menemui bekas katil, almari atau tempat menyimpan pakaian daripada kayu serta pelbagai serpihan berusia 4,600 tahun termasuk batu terbakar dan tulang haiwan yang berselerakan di atas lantai tanah liat.

“Kami berasa seperti sedang melihat sebuah kampung pembina Stonehenge,” katanya.

Rumah berkenaan berukuran 5.5 meter persegi dan terletak di sebuah lembah kecil di utara Stonehenge yang menghala ke Sungai Avon.

“Kami yakin penemuan ini akan memberi lebih banyak maklumat bagi membolehkan kami memahami fungsi Stonehenge. Setakat ini kami dapati Stonehenge adalah lebih daripada tugu purba,” katanya. – Agensi


Sumber: Berita Harian

1 comment:

  1. Pada 15 Februari tahun yang sama, seorang manusia menemui satu tugu yang aneh.

    Lalu bertanya pemberita,"Apakah penemuan ini?"

    Jawab pakar arkeologis,"Jamban purba!"

    ReplyDelete