Monday, January 08, 2007

LAGI-LAGI ORANG BUAT CERITA NAK MENYESATKAN AKIDAH!

Aku rasa ramai yang dah terima e-mel yang konon-kononnya ada salah satu pantai diMalaysia telah ditemui bangkai yang didakwa ikan duyung. Aku sebenar malas nak ambil tahu tentang perkara ini, sebab dengan sekali pandang kita sudah boleh tahu yang objek tersebut hanya rekaan sahaja. Tapi entah mengapa rupa-rupanya ramai pula yang mengambil kesempatan dengan mereka bermacam-macam cerita tentang objek tersebut dan juga tak kurang dengan membuat cerita untuk menakut-nakutkan orang yang bahawa objek tersebut berkuasa. Ini secara tidak langsung boleh memesongkan akidah seseorang yang mudah untuk mempercayai cerita tersebut. Dan mengakui kekuasaan benda tersebut sehingga lupa bahawa sesungguh yang Maha Esa itu hanyalah Allah. Tiada yang lain melainkan Allah yang Esa.

Jadi bagi sesiapa yang masih tidak mengetahui kisah sebenar tentang objek yang kononya ikan duyung telah ditemui ditepi pantai. Bolehlah melawati laman web tersebut Origin About Mermaid

1 comment:

  1. Orang kita kalau benda2 agak pelik sikit mulalah percaya yang bukan2....isk......

    ReplyDelete