Tuesday, April 27, 2010

SPESIS BARU LELABAH TERBESAR DITEMUI



Saintis telah menemui satu spesis baru lelabah yang hidup di kawasan sempadan padang pasir antara Israel-Jordan. Cerbalus aravensi, dengan jarak kaki antara kaki sepanjang 5.5inci, ia merupakan lelabah yang terbesar di timur tengah.

Gaya hidup lelabah tersebut masih belum diketahui sepenuhnya. Ia amat aktif ketika musim panas. Dan hidup bersarang dibawah tanah. Dan menunggu disarangnya untuk menangkap mangsa yang melalui kawasannya.

Saturday, April 24, 2010

15 HAIWAN YANG MEMBELIAKKAN MATA ANDA

Tarsiidae

Soft-shell turtle

sea spider

Parasitic catfish

Nasalis larvatus

Naked mole

hatchetfish

Elephant Seals

echidna

Condylura cristata

armadillo

Ancient Japanese Shark

Almiqui Almiqui

hairless mice

Thursday, April 22, 2010

10 Fenomena Aneh

1. Ball Lightning

Fenomena pelik ini selalunya berlaku ketika waktu hujan kilat berlaku dan berlanjutan sehingga 30saat lamanya. Kilat tersebut bertindak dalam keadaan yang luar kebiasaan dengan membentuk gegelung, berbunyi desis dan juga kadangkala kelihatan seperti terawang-awang terbang seperti kapal angkasa. Orang ramai percaya kejadian aneh ini berlaku berkait rapat dengan makhluk asing dan juga makhluk ghaib.



2. Saint Elmo’s Fire

Saintis menjelaskan ia terjadi kerana fenomena plasma, St Elmo’s fire terjadi disebabkan oleh caj ion yang berada didalam atmosfera. Ketika fenomena ini berlaku ia akan menyebabkan apa sahaja yang melalui tempat kejadian akan kelihatan seperti terbakar, diselubungi cahaya terang berwarna biru seakan api. (Fenomena ini saya akan kupaskan lebih lanjut kemudian)



3. The Goat Suckers

Chupacabra, binatang yang selalu diperkatakan penyebab utama binatang ternakan mati dibunuh oleh ia. Ia membunuh binatang ternakan dengan menyedut darah sehingga kering. Kadangkala binatang yang dibunuh didapati hilang rahang, lidah atau pun usus.



4. Spontaneous Human Combustion

Kejadian manusia terbakar sendiri dengan secara tiba-tiba ini jarang berlaku. Malahan ia sukar untuk diterangkan secara saintifik bagaimana ia boleh berlaku. Fakta mengatakan ia berlaku akibat badan seseorang itu mengandungi bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat lalu membakar mangsa.



5. Penculikan Makhluk Asing

Fenomena ini berlaku selalunya kerana mangsa terlalu fobia atau terlalu takut dengan sesuatu benda asing yang dia sangkakan wujud dihadapannya. Biasanya mangsa mengalami akan mengalami khayalan akibat sesuatu yang diambil atau akibat gangguan dalam tubuh badan yang menyebabkan mangsa khayal dan merasakan dirinya diculik makhluk asing.

6. Geo-luminescence

Cahaya aneh yang terhasil akibat gempa bumi yang berlaku, boleh dikatan sebagai cahaya gama juga. Ia dihasilkan oleh batu-batu yang mengalami gegaran yang terlalu kuat akibat gempa.

7. The Blood Monsoon

Hujan berdarah ini berlaku pada tahun 2001 25 julai dan 23 september di Kerala, India. Dimana ketika kejadian itu berlaku, air hujan yang turun berwarna merah seakan darah. Dipercayai ia terjadi akibat dari alga yang diserap oleh awan lalu dijatuhkan kebumi sebagai hujan.

8. The Taos Hum

Sebuah bandar yang berada di New Mexica menghasilkan bunyi gema seperti deruman enjin kenderaan yang kuat sedang bandar itu jauh dari peradaban manusia dan juga tidak ada satu kenderaan yang berada disana.

9. Foo Fighters

Pesawat yang tidak dapat dikenal pasti, dikatakan kajian oleh pihak tentera. Ia bebentuk bebola api, ketika zaman perang dunia ke2 ia sering kelihatan mengiringi pesawat perang Amerika. Namun menurut pemandu kapal terbang perang tersebut, objek yang tidak dikenali itu bukan mengiringi mereka malahan ia berpusing2 mengelilingi mereka seolah-olah seperti mengejek-ngejek mereka.

10. The Time Travelers

Banyak artifak-artifak kuno yang ditemui berusia 10000 sebelum masihi mempunyai lakaran seperti manusia yang memakai sut angkasawan. Menyebabkan timbulnya spekulasi kemungkinan ia lakaran tentang manusia dari masa hadapan telah datang kemasa lampau, lalu manusia purba yang melihat atau bertemu dengan mereka melakarkannya ke artifak-artifak mereka.

Monday, April 12, 2010

LAGI HAIWAN ANEH UNTUK TATAPAN ANDA

Haiwan yang anda mungkin masih belum mengenalinya dan aneh.


Olm
Proteus anguinus

Amfibia ini boleh ditemui didalam gua Eropah di Slovenia. Ia selalu di salah anggap sebagai anak naga, kerana keanehan bentuknya. Walaupun ia tidak dapat melihat kerana tidak mempunyai mata, dia mampu mengesan sebarang objek dengan mengunakan badannya.


Blanket octopus
Tremoctopus violaceus

Sotong aneh ini mempunyai 3 jantung, air liur yang berbisa, dan juga mempunyai paruh tersembunyi yang kelihatan seperti paruh burung kakak tua. Berupaya untuk menukar warna badannya dan mempunyai tentakel yang berupaya bertindak sendiri tanpa menunggunya berfikir untuk bertindak balas terhadap sesuatu.


Glass frog
Centrolenidae

Gambarnya sahaja sudah cukup menerangkan tentangnya! Telus!


Blobfish
Psychrolutes marcidus

Mengerikan atau menjijikkan? Boleh ditemui di lautan Australia dan Tasmania. Badannya yang sangat lembut menyebabkan ia sukar ditemui. Kebanyakannya mati akibat tersangkut di jala nelayan. Tidak banyak mengunakan tenaga untuk berenang. Dietnya adalah dengan memakan makanan yang terapung.


Assassin spider
Archaeidae

Ya memang pelik, yang panjang itu adalah mulutnya dan juga lehernya! ini kerana, fungsi lehernya yang panjang itu adalah untuk menyokong mulutnya yang panjang. Namun jangan risau, ia tidaklah merbahaya kepada manusia, ukuran saiznya hanya sebesar 2mm dan dietnya hanya memakan lelabah kecil.


Hatchetfish
Sternoptychidae

Salah satu ikan laut dalam, saya percaya mungkin sudah ramai yang mengenali ikan ini. Sebab dah banyak rencana yang mengenalkan kita dengan ikan laut dalam seperti ini. Ikan ini boleh ditemui dikebanyakan laut dalam kecuali yang beriklim sejuk. Kerana ia hidup dikedalaman dasar laut, maka ia berupaya menghasilkan cahaya dengan badannya.


Hairy crab
Kiwa hirsuta

Berbulu! mungkin ada yang meminatinya, atau merasa jijik kepadanya. Namun apa yang ada lihat itu, bukan la bulu yang lembut dan sebenar. Namun ia adalah setae yang meliputi badannya dan ia pejal. Sejenis kulit yang boleh kita jumpa pada udang. Satae itu berfungsi sebagai penapis untuk dia melindungi diri nya dari air yang sudah tercemar.


Leafy Sea Dragon
Phycodurus eques

Kuda laut ini, mempunyai penyamaran yang cantik, badannya kelihatan seperti lumut lautan itulah yang membuatkannya berupaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa ikan lain. Seperti mana kuda laut yang berlainan spesis darinya, habitatnya adalah sama.


Satanic leaf-tailed gecko
Uroplatus phantasticus

Anda mungkin akan tergelak kecil melihat sikecil ini, atau mungkin ada di antara anda yang merasakan ia mengerikan, macam raksasa ultraman jika sekali pandang. Ia boleh ditemui hutan Madasgascar, dietnya dengan memakan serangga kecil. Namun kerana rupanya yang kelihatan aneh tetapi unik dan tidak merbahaya kepada manusia menyebabkan ia semakin pupus, ini kerana ia dijadikan sebagai binatang peliharaan eksotik sesetengah orang.


Hemeroplanes caterpillar

Ular!? bukan ia hanya seekor ulat bulu. Sangat jarang ditemui dan hanya terdapat di hutan Mexico dan Amerika Tengah. Rupa yang seperti ular itu adalah badannya sahaja, bukan kepala ular yang sebenar. Ia tidaklah berbisa, hanya untuk dirinya menyamar dari binatang-binatang dan juga menakutkan manusia yang cuba untuk menganggunya. Dimana jika dia terasa terancam, dia akan mengangkat bahagian depan badannya yang berbentuk ular itu dalam posisi seperti mana ular hendak mematuk. Menarik bukan? Namun ulat bulu ini semakin pupus akibat pembasmian hutan yang dilakukan oleh manusia.

Sunday, April 11, 2010

MAKHLUK ANEH DARI DASAR LAUT DALAM

Manusia telah menemui hampir setiap spesis dimuka bumi. Tetapi bagaimana dengan lautan dalam? Amat menakjubkan, masih banyak makhluk hidup yang tidak dikenali hidup dalam dasar laut bumi kita. Galeri ini hanyalah satu senarai pendek makhluk aneh daripada kedalaman yang paling dalam.