Tapi mengapa pengarah-pengarah ini boleh memikirkan idea sebegitu? Ini kerana ujian sains yang gila ini memang pernah dilakukan dan berjaya. Ujian tersebut dilakukan oleh seorang saintis bernama Sergei Bruyukhonenko. Ia melakukan keatas seekor anjing, dimana anjing itulah menjalani prosedur pembedahan memisahkan kepala dari badannya. Ujian yang berjaya itu menjadikan anjing itu mampu hidup selama 3hari tanpa badan! Mungkin anjing itu mati kerana otak tidak mendapat zat dari makanan. Yelah jika kita ikutkan akal logik, setiap anggota ada fungsi dan saling memerlukan.
Hasil ujian dari saintis ini juga lah menyebabkan jantung mekanikal dihasilkan. Walaupun kita merasakan ujian yang dia lakukan adalah zalim. Namun tidak banyak sedikit ia banyak mengubah masa depan. Kalau tiada ujian sebegitu, mungkin tiadanya jantung mekanikal diwujudkan. Ini kerana semasa ujian tersebut dijalankan, Sergei Bruyukhonenko telah mencipta satu mesin yang membolehkan darah mengalir pada otak supaya otak berfungsi dan juga anjing itu dapat hidup tanpa badan.
Disini saya masukkan sekali video ujian tersebut dilakukan. Dan anda boleh melihat sendiri bukti yang ujian tersebut berhasil, anjing itu hidup tanpa badan. Dan ia juga menerangkan secara logikal mengapa anjing itu masih boleh hidup walaupun tanpa badan.
Paparan visual mungkin tidak sesuai untuk sesetengah penonton. Saya tidak akan bertanggungjawab jika apa-apa berlaku terhadap anda selepas menonton paparan visual ini.