Blog kisah misteri dan abnormal. Sesiapa yang berminat untuk mengambil mana-mana artikel didalam blog ini, di alu-alukan dengan syarat anda hendaklah bertanggung jawab dengan mengkreditkan blog ini dan juga link-kannya. Terima Kasih.
Wednesday, September 01, 2010
SPESIS KATAK TERKECIL DITEMUI, SEBESAR KACANG HIJAU!
Para penyelidik telah menemui spesies baru katak mikro di pulau Kalimantan yang hanya tumbuh dengan ukuran sebesar kacang hijau.
Amfibia terkecil - Ditemui dan digelar Microhyla nepenthicola - mempunyai ukuran antara 10,6-ke-12 .8 mm panjang dan telah ditemui di Kubah National Park.
Sebelum ini banyak spesimen katak ini dimiliki oleh kebanyakan muzium seluruh dunia, dan spesis ini telah salah kenal pasti sebagai anak katak.
Sekarang para ilmuwan mengatakan katak adalah mikro berbeza-spesies dan katak terkecil yang ditemui di manapun di ditemui di Asia, Afrika atau Eropah.
Bahkan mereka begitu kecil, katak ini hanya dijumpai ketika para penyelidik mendengar "nota mereka yang serak keras" panggilan saat matahari terbenam.
Monday, August 16, 2010
TRAGEDI WTC TELAH DIGAMBARKAN LEBIH SEDEKAD KEBETULAN?
Mungkin kisah ni sudah lama berlalu. Tapi ia amat menarik perhatian aku...
Kisah menarik sebalik gambar ini adalah?
- Iklan ini dikeluarkan pada tahun 1979!
- Tertera "New York 16 h 30" kiri atas. 16+30=46, h pula abjad yang ke8. Pelanggaran pesawat pertama adalah pada pukul 8.46am!
- Gambar bayang pesawat pada banggunan... seolah pesawat menghampiri untuk menghentam banggunan tersebut.

Wednesday, June 02, 2010
SPESIS IKAN BARU DITEMUI
Sunday, May 16, 2010
KETAM TERBESAR DAN MASIH TERUS MEMBESAR DITEMUI
Monday, May 10, 2010
Wednesday, May 05, 2010
Tuesday, April 27, 2010
SPESIS BARU LELABAH TERBESAR DITEMUI
Saintis telah menemui satu spesis baru lelabah yang hidup di kawasan sempadan padang pasir antara Israel-Jordan. Cerbalus aravensi, dengan jarak kaki antara kaki sepanjang 5.5inci, ia merupakan lelabah yang terbesar di timur tengah.
Gaya hidup lelabah tersebut masih belum diketahui sepenuhnya. Ia amat aktif ketika musim panas. Dan hidup bersarang dibawah tanah. Dan menunggu disarangnya untuk menangkap mangsa yang melalui kawasannya.
Saturday, April 24, 2010
Thursday, April 22, 2010
10 Fenomena Aneh
1. Ball Lightning
Fenomena pelik ini selalunya berlaku ketika waktu hujan kilat berlaku dan berlanjutan sehingga 30saat lamanya. Kilat tersebut bertindak dalam keadaan yang luar kebiasaan dengan membentuk gegelung, berbunyi desis dan juga kadangkala kelihatan seperti terawang-awang terbang seperti kapal angkasa. Orang ramai percaya kejadian aneh ini berlaku berkait rapat dengan makhluk asing dan juga makhluk ghaib.
2. Saint Elmo’s Fire
Saintis menjelaskan ia terjadi kerana fenomena plasma, St Elmo’s fire terjadi disebabkan oleh caj ion yang berada didalam atmosfera. Ketika fenomena ini berlaku ia akan menyebabkan apa sahaja yang melalui tempat kejadian akan kelihatan seperti terbakar, diselubungi cahaya terang berwarna biru seakan api. (Fenomena ini saya akan kupaskan lebih lanjut kemudian)
3. The Goat Suckers
Chupacabra, binatang yang selalu diperkatakan penyebab utama binatang ternakan mati dibunuh oleh ia. Ia membunuh binatang ternakan dengan menyedut darah sehingga kering. Kadangkala binatang yang dibunuh didapati hilang rahang, lidah atau pun usus.
4. Spontaneous Human Combustion
Kejadian manusia terbakar sendiri dengan secara tiba-tiba ini jarang berlaku. Malahan ia sukar untuk diterangkan secara saintifik bagaimana ia boleh berlaku. Fakta mengatakan ia berlaku akibat badan seseorang itu mengandungi bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat lalu membakar mangsa.
5. Penculikan Makhluk Asing
Fenomena ini berlaku selalunya kerana mangsa terlalu fobia atau terlalu takut dengan sesuatu benda asing yang dia sangkakan wujud dihadapannya. Biasanya mangsa mengalami akan mengalami khayalan akibat sesuatu yang diambil atau akibat gangguan dalam tubuh badan yang menyebabkan mangsa khayal dan merasakan dirinya diculik makhluk asing.
6. Geo-luminescence
Cahaya aneh yang terhasil akibat gempa bumi yang berlaku, boleh dikatan sebagai cahaya gama juga. Ia dihasilkan oleh batu-batu yang mengalami gegaran yang terlalu kuat akibat gempa.
7. The Blood Monsoon
Hujan berdarah ini berlaku pada tahun 2001 25 julai dan 23 september di Kerala, India. Dimana ketika kejadian itu berlaku, air hujan yang turun berwarna merah seakan darah. Dipercayai ia terjadi akibat dari alga yang diserap oleh awan lalu dijatuhkan kebumi sebagai hujan.
8. The Taos Hum
Sebuah bandar yang berada di New Mexica menghasilkan bunyi gema seperti deruman enjin kenderaan yang kuat sedang bandar itu jauh dari peradaban manusia dan juga tidak ada satu kenderaan yang berada disana.
9. Foo Fighters
Pesawat yang tidak dapat dikenal pasti, dikatakan kajian oleh pihak tentera. Ia bebentuk bebola api, ketika zaman perang dunia ke2 ia sering kelihatan mengiringi pesawat perang Amerika. Namun menurut pemandu kapal terbang perang tersebut, objek yang tidak dikenali itu bukan mengiringi mereka malahan ia berpusing2 mengelilingi mereka seolah-olah seperti mengejek-ngejek mereka.
10. The Time Travelers
Banyak artifak-artifak kuno yang ditemui berusia 10000 sebelum masihi mempunyai lakaran seperti manusia yang memakai sut angkasawan. Menyebabkan timbulnya spekulasi kemungkinan ia lakaran tentang manusia dari masa hadapan telah datang kemasa lampau, lalu manusia purba yang melihat atau bertemu dengan mereka melakarkannya ke artifak-artifak mereka.

Monday, April 12, 2010
LAGI HAIWAN ANEH UNTUK TATAPAN ANDA
Haiwan yang anda mungkin masih belum mengenalinya dan aneh.
Olm
Proteus anguinus
Amfibia ini boleh ditemui didalam gua Eropah di Slovenia. Ia selalu di salah anggap sebagai anak naga, kerana keanehan bentuknya. Walaupun ia tidak dapat melihat kerana tidak mempunyai mata, dia mampu mengesan sebarang objek dengan mengunakan badannya.
Blanket octopus
Tremoctopus violaceus
Sotong aneh ini mempunyai 3 jantung, air liur yang berbisa, dan juga mempunyai paruh tersembunyi yang kelihatan seperti paruh burung kakak tua. Berupaya untuk menukar warna badannya dan mempunyai tentakel yang berupaya bertindak sendiri tanpa menunggunya berfikir untuk bertindak balas terhadap sesuatu.
Glass frog
Centrolenidae
Gambarnya sahaja sudah cukup menerangkan tentangnya! Telus!
Blobfish
Psychrolutes marcidus
Mengerikan atau menjijikkan? Boleh ditemui di lautan Australia dan Tasmania. Badannya yang sangat lembut menyebabkan ia sukar ditemui. Kebanyakannya mati akibat tersangkut di jala nelayan. Tidak banyak mengunakan tenaga untuk berenang. Dietnya adalah dengan memakan makanan yang terapung.
Assassin spider
Archaeidae
Ya memang pelik, yang panjang itu adalah mulutnya dan juga lehernya! ini kerana, fungsi lehernya yang panjang itu adalah untuk menyokong mulutnya yang panjang. Namun jangan risau, ia tidaklah merbahaya kepada manusia, ukuran saiznya hanya sebesar 2mm dan dietnya hanya memakan lelabah kecil.
Hatchetfish
Sternoptychidae
Salah satu ikan laut dalam, saya percaya mungkin sudah ramai yang mengenali ikan ini. Sebab dah banyak rencana yang mengenalkan kita dengan ikan laut dalam seperti ini. Ikan ini boleh ditemui dikebanyakan laut dalam kecuali yang beriklim sejuk. Kerana ia hidup dikedalaman dasar laut, maka ia berupaya menghasilkan cahaya dengan badannya.
Hairy crab
Kiwa hirsuta
Berbulu! mungkin ada yang meminatinya, atau merasa jijik kepadanya. Namun apa yang ada lihat itu, bukan la bulu yang lembut dan sebenar. Namun ia adalah setae yang meliputi badannya dan ia pejal. Sejenis kulit yang boleh kita jumpa pada udang. Satae itu berfungsi sebagai penapis untuk dia melindungi diri nya dari air yang sudah tercemar.
Leafy Sea Dragon
Phycodurus eques
Kuda laut ini, mempunyai penyamaran yang cantik, badannya kelihatan seperti lumut lautan itulah yang membuatkannya berupaya untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa ikan lain. Seperti mana kuda laut yang berlainan spesis darinya, habitatnya adalah sama.
Satanic leaf-tailed gecko
Uroplatus phantasticus
Anda mungkin akan tergelak kecil melihat sikecil ini, atau mungkin ada di antara anda yang merasakan ia mengerikan, macam raksasa ultraman jika sekali pandang. Ia boleh ditemui hutan Madasgascar, dietnya dengan memakan serangga kecil. Namun kerana rupanya yang kelihatan aneh tetapi unik dan tidak merbahaya kepada manusia menyebabkan ia semakin pupus, ini kerana ia dijadikan sebagai binatang peliharaan eksotik sesetengah orang.
Hemeroplanes caterpillar
Ular!? bukan ia hanya seekor ulat bulu. Sangat jarang ditemui dan hanya terdapat di hutan Mexico dan Amerika Tengah. Rupa yang seperti ular itu adalah badannya sahaja, bukan kepala ular yang sebenar. Ia tidaklah berbisa, hanya untuk dirinya menyamar dari binatang-binatang dan juga menakutkan manusia yang cuba untuk menganggunya. Dimana jika dia terasa terancam, dia akan mengangkat bahagian depan badannya yang berbentuk ular itu dalam posisi seperti mana ular hendak mematuk. Menarik bukan? Namun ulat bulu ini semakin pupus akibat pembasmian hutan yang dilakukan oleh manusia.

Sunday, April 11, 2010
MAKHLUK ANEH DARI DASAR LAUT DALAM
Subscribe to:
Posts (Atom)