Monday, December 28, 2009

EKSPERIMEN ANJING BERKEPALA DUA

Sebelum pembaca melihat video yang akan dipaparkan, baca dulu entri ini dan jika anda masih mahu melihat dan menonton sendiri bagaimana ia terjadi, risikonya anda tanggung sendiri. Saya tidak akan bertanggung jawab jika apa-apa berlaku terhadap diri anda, atas keputusan anda sendiri.

Ceritanya:
Pada 1954, kesatuan pakar bedah Vladimir Demikhov, mendedahkan karya agungnya untuk dunia: Anjing berkepala dua! Kepala seekor anak anjing telah dicantumkan ke atas leher satu anjing German shepherd dewasa. Kepala kedua akan bergantung pada susu, walaupun ia tidak perlu makanan kerana ia masih kecil. Namun susu yang diminum oleh anak anjing tersebut mengalir dari esofagusnya (Saluran yang menyambungkan kepada perut) yang terputus. Walaupun kedua-dua ekor binatang tidak hidupi disebabkan oleh penolakan tisu, ia tidak menghentikan Demikhov daripada melakukan eksperimen terhadap lebih daripada 19 ekor anjing atas tujuan kajian.

Video eksperimen tersebut


Sunday, December 27, 2009

HAIWAN ABNORMAL

Seladang Albino


Lembu dua muka, dilahirkan cacat. Kebanyakan berlaku pada binatang.



Kucing dua muka.


Mentadak Pokok gergasi, ditemui sepanjang 2inci.



Buaya gegasi, ditangkap dan dianggaarkan 17kaki panjang dan seberat 1300paun


Katak berkaki enam, takde kena mengena dengan spiderman atau digigit lelabah radioaktif. Tapi ia memang terjadi akibat pencemaran alam.



Lembu gergasi setinggi 6kaki. Ini siapa buat korban, sah2 kat akhirat nanti tunggang lembu besar.


Ikan lumba-lumba merah jambu. Perempuan jangan nak berangan nak miliki dia k, dia ni albino.


Ikan Pari gergasi, dijumpai dan dianggarkan seberat 701paun


Sotong gergasi


Jerung Gergasi, berjaya ditangkap dan di anggar beratnya 1100paun. Ukurannya sepanjang 13kaki.


Cacing maut gergasi. Bisanya boleh mengakibatkan manusia lumpuh seumur hidup. Tapi paling utama, ia amat menjijikkan... tengok gambar pun aku rasa seriau.


Jumping Rat, tikus yang paling besar dalam jenis nya



Babi hutan gergasi. Berat lebih dari 1000 paun dan sepanjang 9kaki 4inci panjang!



Itik berkaki 4 tiada kena mengena dengan spiderman atau digigit lelabah radioaktif. Cuma ia adalah kelahiran dengan kecacatan 1 dalam 1000.



Kucing bermata satu, sebenar kucing ni dilahirkan dengan simptom cyclopia




Buaya Albino yang tidak gatal atau miang walaupun dia kelihatan hensem kerana keputihannya.



Friday, July 31, 2009

10. THE MONGOLIAN DEATH WORM


Dikatakan berasal dari padang pasir daerah Ghobi. Mongolian death worm mempunyai badan berwarna merah dan panjang 2kaki,boleh mencecah sehingga ke 5kaki.Ia juga dikenali dengan nama lainnya, 'Allghoi Khorkhoi' atau intestine worm.Ia terkenal dikalangan bangsa nomad. Cacing ni bergerak didalam tanah padang pasir dan akan muncul hanya bila dia berjumpa dengan mangsanya. Ia menyerang dengan meludah atau menyemburkan racun yang berasid. Ia juga dipercayai boleh menghasilkan tenaga elektrik dari badannya dan juga mempunyai tenaga yang kuat sehingga boleh membunuh manusia atau mangsa yang lebih besar dengan mudah. Pada awal 90'an, sepasukan ekspidisi diwujudkan bagi menjejak dan membuat kajian tentang cacing ini. Namun segala usaha mereka gagal menemui sebarang petanda kewujudan binatang ini sekalipun segala cerita dan lokasi penampakan bintang ini dijejaki. Dan sehingga sekarang ia masih meninggalkan misteri dan juga menjadi igauan ngeri bagi penduduk Ghobi yang masih mempercayai kewujudan cacing ini.

APA ITU CRYPTID

Cryptid, dalam bahasa melayunya aku tak tahu apa maksudnya. Tapi cryptid adalah istilah yang digunakan mana2 binatang yang wujud, tidak diketahui oleh sains. Ia juga boleh dikategorikan kepada binatang yang pupus tapi masih wujud segelintirnya atau juga dari lagenda atau cerita-cerita rakyat disokong dengan penemuan atau bukti.

Walaupun kebanyakan binatang kategori ini tidak dapat dipastikan tentang kewujudannya, tapi aku senaraikan juga. 10 cryptid yang paling disebut2 seluruh dunia dan hangat dicari oleh santis dan pengkaji binatang.

KINI KEMBALI!

1st, aku nak minta maaf sebab lama gila aku tak update blog ni. Mesti dah tak ramai yang follow blog aku ni. Dan mungkin kebanyakannya dah habis baca blog aku yang ini. Takpelah, sekarang aku akan update. Dan akan datang pun aku akan update. Cuma mungkin tak sepantas dulu.

Kepada yang masih setia dengan blog aku ni, aku ucap terima kasih sangat2 pada korang. Yang baru pulak, aku ucap selamat datang dan selamat membaca.