Thursday, April 22, 2010

10 Fenomena Aneh

1. Ball Lightning

Fenomena pelik ini selalunya berlaku ketika waktu hujan kilat berlaku dan berlanjutan sehingga 30saat lamanya. Kilat tersebut bertindak dalam keadaan yang luar kebiasaan dengan membentuk gegelung, berbunyi desis dan juga kadangkala kelihatan seperti terawang-awang terbang seperti kapal angkasa. Orang ramai percaya kejadian aneh ini berlaku berkait rapat dengan makhluk asing dan juga makhluk ghaib.



2. Saint Elmo’s Fire

Saintis menjelaskan ia terjadi kerana fenomena plasma, St Elmo’s fire terjadi disebabkan oleh caj ion yang berada didalam atmosfera. Ketika fenomena ini berlaku ia akan menyebabkan apa sahaja yang melalui tempat kejadian akan kelihatan seperti terbakar, diselubungi cahaya terang berwarna biru seakan api. (Fenomena ini saya akan kupaskan lebih lanjut kemudian)



3. The Goat Suckers

Chupacabra, binatang yang selalu diperkatakan penyebab utama binatang ternakan mati dibunuh oleh ia. Ia membunuh binatang ternakan dengan menyedut darah sehingga kering. Kadangkala binatang yang dibunuh didapati hilang rahang, lidah atau pun usus.



4. Spontaneous Human Combustion

Kejadian manusia terbakar sendiri dengan secara tiba-tiba ini jarang berlaku. Malahan ia sukar untuk diterangkan secara saintifik bagaimana ia boleh berlaku. Fakta mengatakan ia berlaku akibat badan seseorang itu mengandungi bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan suhu badan meningkat lalu membakar mangsa.



5. Penculikan Makhluk Asing

Fenomena ini berlaku selalunya kerana mangsa terlalu fobia atau terlalu takut dengan sesuatu benda asing yang dia sangkakan wujud dihadapannya. Biasanya mangsa mengalami akan mengalami khayalan akibat sesuatu yang diambil atau akibat gangguan dalam tubuh badan yang menyebabkan mangsa khayal dan merasakan dirinya diculik makhluk asing.

6. Geo-luminescence

Cahaya aneh yang terhasil akibat gempa bumi yang berlaku, boleh dikatan sebagai cahaya gama juga. Ia dihasilkan oleh batu-batu yang mengalami gegaran yang terlalu kuat akibat gempa.

7. The Blood Monsoon

Hujan berdarah ini berlaku pada tahun 2001 25 julai dan 23 september di Kerala, India. Dimana ketika kejadian itu berlaku, air hujan yang turun berwarna merah seakan darah. Dipercayai ia terjadi akibat dari alga yang diserap oleh awan lalu dijatuhkan kebumi sebagai hujan.

8. The Taos Hum

Sebuah bandar yang berada di New Mexica menghasilkan bunyi gema seperti deruman enjin kenderaan yang kuat sedang bandar itu jauh dari peradaban manusia dan juga tidak ada satu kenderaan yang berada disana.

9. Foo Fighters

Pesawat yang tidak dapat dikenal pasti, dikatakan kajian oleh pihak tentera. Ia bebentuk bebola api, ketika zaman perang dunia ke2 ia sering kelihatan mengiringi pesawat perang Amerika. Namun menurut pemandu kapal terbang perang tersebut, objek yang tidak dikenali itu bukan mengiringi mereka malahan ia berpusing2 mengelilingi mereka seolah-olah seperti mengejek-ngejek mereka.

10. The Time Travelers

Banyak artifak-artifak kuno yang ditemui berusia 10000 sebelum masihi mempunyai lakaran seperti manusia yang memakai sut angkasawan. Menyebabkan timbulnya spekulasi kemungkinan ia lakaran tentang manusia dari masa hadapan telah datang kemasa lampau, lalu manusia purba yang melihat atau bertemu dengan mereka melakarkannya ke artifak-artifak mereka.

No comments:

Post a Comment