Thursday, June 29, 2006

NIBIRU, TIAMAT...


Pada zaman Mesopotamia dan pada era kegemilangan kota babylon yang diperintah oleh raja Nebuchadnezza terdapat satu dongeng tentang planet yang ke12 (termasuk matahari dan bulan) didalam sistem solar kita yang sekarang dkenali sebagai Planet X.

Planet X ini dikenali sebagai Nibiru atau Tiamat dipercayai mempunyai dua orbit tidak seperti planet yang lain yang mempunyai satu orbit sahaja.

Kedatangan dan kemunculan Planet Nibiru.
Dikatakan didalam skrip (batu bersurat) Cuneiform setiap 3600 tahun, Nibiru akan menghampiri ruang orbit diantara bumi dan bulan. Pada pertengahan tahun 2003 telah terdapat khabar angin Nibiru telah melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika berlaku, planet Bumi akan berhenti mengorbit selama 3hari. Catatan ini juga terdapat didalam lagenda Hopi dan epik kaum Maya. Namun sekarang ia tinggal tanda tanya kerana kita sudahpun mencapai tahun 2006.

Kesan buruk Nibiru.
Planet Nibiru dipercayai mempunyai ukuran 4x lebih besar dan 23x lebih padat dari planet Bumi. Muka buminya yang tandus, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain, boleh memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Ini kerana Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Kajian
Banyak kajian mengenai planet ini dilakukan. Namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto. Malahan pusingan orbitnya yang berlawanan menyukarkan lagi ia dikesan. Pada pendapat para pengkaji planet Nibiru jika ia memasuki orbit kita. Kemungkinan planet Bumi bertembung dengan Nibiru adalah besar. Malahan pada tamadun tersebut juga Nibiru juga dipanggil Tiamat. Adakah ia satu sebutan bagi kiamat?

Sunday, June 25, 2006

Hybrid

Teknologi hybrid ni dah lama sebenarnya. Tapi ramai yang tak mengetahuinya. Teknologi ini dijalankan dengan mencampurkan DNA yang berlainan bagi menghasilkan sesuatu yang lebih baik. Tapi harus diingati tak semua hasilnya adalah bagus.

Binatang yang digunakan sebagai hybrid ni memang dah banyak. Kambing, kucing, anjing, unta, burung dan sebagainya. Antara hybrid yang menjadi tumpuan adalah LIGER. Ia adalah campuran daripada harimau dan singa. Cara pencampurannya, jika sijantannya singa dan sibetinanya harimau. Anak yang dihasilkan teramatlah besar. Ia boleh membesar sehingga sebesar seekor kuda! Jika jantannya harimau, betinanya singa. Anaknya pula adalah lebih kecil, kiranya hanya sebesar seekor harimau bintang sahaja.















Ini adalah hasil dari kacukan tersebut, ia dimiliki oleh sebuah zoo yang dipanggil Sierra Safari. Seperti yang aku katakan, tak semua hasil adalah baik. Kelemahan hybrid ni, selalunya sestem imun tak berapa kuat. Mudah kena kanser. Jadi setakat itu sahaja lah buat masa ini ye. In-Allah minggu depan aku akan cerita pada korang pasal teknologi paling kontroversi, Human Animal Hybrid!

Saturday, June 17, 2006

Teori tentang konspirasi WTC

Konspirasi yang melanda tragedi 911 WTC.

- WTC yang dibina hampir secara keseluruhannya dari besi telah roboh kurang dari sepuluh saat. Runtuhan sepantas ini hanya boleh berlaku dengan penggunaan bom.

- Sebuah banggunan yang terletak jauh 7 banggunan dari WTC runtuh secara misteri.

- Sebuah plaza di Philidelphia terbakar selama 19jam tapi masih kukuh berdiri. Banggunan ini mempunyai struktur yang lebih kurang dengan WTC. Namun WTC hanya terbakar sedikit dalam masa 1jam – 2jam sahaja telah roboh.

- Menurut sumber penyiasat kerajaan US semasa kapal terbang di rampas, kapal terbang tersebut telah kehabisan minyak. Namun semasa pelanggaran dengan WTC letupan yang dihasilkan terlalu kuat seperti letupan akibat tangki minyak yang penuh.

- Besi struktur banggunan WTC cair kerana kebakaran biasa yang mencecah hanya 1800 Fahrenheit? Padahal besi struktur banggunan tersebut boleh menahan sehingga 2500 Fahrenheit .

- Pekerja penyelamat menemui besi yang cair pada bahagian bawah tanah banggunan yang tak mengalami apa-apa kebakaran atau pelanggaran kapal terbang.

- Pihak NASA menemui haba yang tinggi dihasilkan pada kawasan WTC yang hampir mencecah 1400 Fahrenheit. Haba itu hanya boleh dihasilkan dengan meletupkan bom jenis C4 yang boleh mencapai haba 3000 Fahrenheit.

- Sebelum ini tiada laporan dari pihak anggota pemadam api yang menyatakan besi cair dalam kebakaran sebelum ini. Namun mengapa WTC, hampir separuh dari struktur besinya cair?

- Setiap laporan dari pihak pasukan penyelamat tragedi WTC telah dilupuskan.

- Sebanyak 40 juta dollar telah digunakan bagi menyiasat skandal Clinton tapi hanya 600,000 dollar sahaja diperuntukan bagi menyiasat keruntuhan WTC.

- WTC runtuh secara kebawah, ia telah melanggar teori gravity. Kerana ia sepatutnya roboh secara menyondong. Robohan bersih seperti itu hanya boleh dilakukan dengan penggunaan bom.

- Penyiasat merasa kagum dengan perampas kapal terbang, kerana kawalannya terhadap pesawat amat menakjubkan. Malahan ketika rampasan, tiada perbualan yang menunjukkan pesawat tersebut dirampas.

- Kenapa pihak keselamatan NORAD gagal menghentikan serangan WTC? Padahal sebelum ini mereka telah berjaya menyelesaikan kes rampasan kapal terbang sebanyak 67 kali.

- Pentagon yang dikatakan telah dilanggar oleh 767 Boeing menjadi misteri apabila tiada bangkai pesawat tersebut disitu.

Nak tahu lagi apa persoalan yang semakin banyak timbul dan juga bukti-bukti berasaskan video.

Klik 911 Conspiracy Re-open

Tuesday, June 13, 2006

UPCOMING CONSPIRACY "911"


Teaser Poster


Sinopsis: Iejal akan menulis semula beberapa teori yang menjadi tanda tanya tentang tragedi WTC yang telah dikemukakan oleh Jimmy Walter. Antaranya ialah, bagaimana sebuah banggunan yang hampir keseluruhannya dibina menggunakan besi yang kukuh, mudah roboh begitu saja dan cair akibat kebakaran biasa?

Sunday, June 11, 2006

HANTU

Apa dia hantu? Hantu adalah nama yang diberi oleh orang melayu kita. Hantu adalah syaitan, jin dan juga iblis. Sudah janji mereka pada Allah, mereka akan terus menganggu manusia hingga hari kiamat.

Boleh ke kita nampak mereka? Jawapannya boleh. Bukankah Allah dah menyatakan, syaitan boleh menyerupai diri mereka mengikut keinginan mereka mengikut pangkat atau kemampuan mereka. Kecuali menyerupai Nabi Allah.

Pernah tak terfikir, mereka juga mengikut peredaran zaman. Katakan anda berbohong dengan masyarakat dengan menyatakan bahawa di satu taman ditempat anda, anda telah terlihat motor bergerak sendiri tanpa penunggang. Kena di ingatkan syaitan itu ada disebelah kita bukan? Jadi dia akan membenarkan penipuaan anda, dengan menjelmakan diri di taman tersebut sebagai motor tak berpenunggang tersebut sehingga dilihat orang lain, lalu mengiyakan cerita anda. Sebab itu, kita dapat mendengar cerita motor 125z hidup dan bergerak sendiri satu ketika dulu hangat diMuar dan Batu-Pahat. Cerita tentang wolkswagen kuning dan macam-macam lagi.

Orang melayu kita bila bercakap pasal hantu, banyak yang melenting. Kononnya tahyul, merepek dan mendustakan. Padahal, bukankah benda itu yang bangsa kita minta. Kalau tak mahu jangan bercerita. Sebab itu semua permainan syaitan dalam menyesatkan kita. Sebab itu dia merealisasikan apa yang orang ceritakan. Dari seorang berkata apa yang dia tak pasti dia lihat, sehingga menjadi realiti kerana syaitan.

Video dibawah ini diambil oleh sekumpulan remaja di Mexico yang membuat rancangan realiti seperti Seeker di Malaysia. Dan secara tidak sengaja mereka telah berjaya mengambil rakaman hantu sedang duduk di sebuah tanah perkuburan.



Translation: Amiga = Little Girl

Psst... lepas tu aku tak tau apa lagi yang dia merepek. Cuma aku dapat tau, dia jerit kat crew2 dia supaya keluar dari tempat tu secepat mungkin.