Monday, July 17, 2006

Animal-Human Hybrids

Hybrid bermaksud kacukan atau percampuran DNA berlainan untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contohnya binatang yang paling biasa dikacukkan ialah kucing dan jenis burung seperti ayam. Namun apa yang paling mengundang kontroversi dalam dunia kajian biosains adalah DNA binatang dikacukkan dengan manusia. Menurut mereka, kajian ini dilakukan untuk melihat sama ada jika satu hari nanti manusia mempunyai abliti atau kelebihan seperti binatang. Seperti keupayaan kekuatan, mampu untuk melakukan penyamaran (camaflouge) atau mempunyai kepak. Ada juga ahli saintis memberikan alasan, teknologi ini dijalankan bagi memudahkan sesorang yang menghadapi masalah kecacatan dapat diatasi. Contoh pesakit jantung boleh menggunakan jantung monyet bagi menggantikan jantungnya yang telah rosak.

Pada tahun 2003 saintis cina di Shanghai telah berjaya mencampurkan sel manusia dengan benih arnab. Hasilnya, mereka telah berjaya mendapatkan embrio pertama yang dipanggil Human Chimeras. Namun setelah beberapa kajian dibuat hasil kejayaan mereka, akhirnya mereka melupuskan embrio tersebut. Ini kemungkinan mengelakkan formula kejayaan mereka dicuri atau mengelakkan dari kontroversi timbul dikalangan orang ramai.

Kemudian di Minnesota telah mencipta babi yang mempunyai DNA manusia didalam darahnya.

Dan di Stanford University di California, seekor tikus mempunyai abiliti untuk berfikir seperti manusia telah dicipta. Dengan erti kata lain 'Mice with human brain'

Setelah beberapa kajian telah menghasilkan kejayaan. Kemudian telah timbul tanda tanya dari pelbagai pihak. Antara yang menjadi perbualan hangat, manusia tersebut akan wujud dalam bentuk yang bagaimana. Apa hak yang sepatut diberikan kepada meraka (human chimera). Apakah kompilasi yang akan berlaku jika penggunaan organ binatang kepada manusia?

Namun persoalan yang paling hangat adalah. Kesemua kajian ini yang menjadi dalang adalah kerajaan sendiri. Ini kerana mereka ingin mewujudkan satu tentera yang mempunyai abilti yang kuat. Atau menggunakan binatang sebagai penyiasat. Dimana jika tikus yang mempunyai pemikiran manusia itu dihantar sesuatu tempat untuk mengkaji satu rahsia kerajaan lain.


Contoh hasil kajian yang dilakukan keatas seekor tikus, didalam mencipta organ luaran manusia. Dimana badan tikus tersebut mempunyai lebihan daging yang membentuk telinga.

3 comments:

  1. Anonymous1:45 AM

    wah..seram gak ngn benda2 ni sebab salu tengok movie pasal spesis plek2.. haha!!

    ReplyDelete
  2. gambar tikus yang aku letak tuh dierang buat untuk ujikaji colagen... atau nama glemer botox!

    so jangan la sebarang2 main cucuk botox nih. kang tak memasal tumbuh benda lain kat badan.

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:25 AM

    Kris Dayanti pakai botox.. nanti kat badan die tumbuh lagi lapan telinga manusia.. haha

    ReplyDelete