Thursday, June 29, 2006

NIBIRU, TIAMAT...


Pada zaman Mesopotamia dan pada era kegemilangan kota babylon yang diperintah oleh raja Nebuchadnezza terdapat satu dongeng tentang planet yang ke12 (termasuk matahari dan bulan) didalam sistem solar kita yang sekarang dkenali sebagai Planet X.

Planet X ini dikenali sebagai Nibiru atau Tiamat dipercayai mempunyai dua orbit tidak seperti planet yang lain yang mempunyai satu orbit sahaja.

Kedatangan dan kemunculan Planet Nibiru.
Dikatakan didalam skrip (batu bersurat) Cuneiform setiap 3600 tahun, Nibiru akan menghampiri ruang orbit diantara bumi dan bulan. Pada pertengahan tahun 2003 telah terdapat khabar angin Nibiru telah melalui sistem solar dan menghampiri bumi. Jika berlaku, planet Bumi akan berhenti mengorbit selama 3hari. Catatan ini juga terdapat didalam lagenda Hopi dan epik kaum Maya. Namun sekarang ia tinggal tanda tanya kerana kita sudahpun mencapai tahun 2006.

Kesan buruk Nibiru.
Planet Nibiru dipercayai mempunyai ukuran 4x lebih besar dan 23x lebih padat dari planet Bumi. Muka buminya yang tandus, letusan gunung berapi, gempa bumi dan bencana alam lain, boleh memudaratkan hidupan-hidupan yang menghampirinya. Ini kerana Nibiru dipercayai berkuasa magnetik yang boleh menganggu kestabilan geografi bumi.

Kajian
Banyak kajian mengenai planet ini dilakukan. Namun kewujudannya masih menjadi misteri. Ia sukar dikesan walaupun melalui alat teropong planet, kerana kedudukannya yang berada jauh dari Pluto. Malahan pusingan orbitnya yang berlawanan menyukarkan lagi ia dikesan. Pada pendapat para pengkaji planet Nibiru jika ia memasuki orbit kita. Kemungkinan planet Bumi bertembung dengan Nibiru adalah besar. Malahan pada tamadun tersebut juga Nibiru juga dipanggil Tiamat. Adakah ia satu sebutan bagi kiamat?

10 comments:

  1. Anonymous6:56 PM

    ako penah dengar pasal nibiru nie..ako suke gak mende2 bintang2 planet2 sume nie...hm..so..bile nibiru ni nak datang lagi tak tau..? erm..lambat lagi kot...

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:37 PM

    aku kagum betul blog ni.. banyak info yang aku tatau

    ReplyDelete
  3. Anonymous8:30 PM

    hekhek! ako pun turut berbangga.. =P.. betul tu eijal.. keep it up ok? =)

    ReplyDelete
  4. TQ3X hehehe, aku lagi bangga... dapat kawan macam korang. Menghargai ilmu... Tanpa korang, tak besh la blog aku...

    ReplyDelete
  5. Anonymous7:39 AM

    kalau boleh cerita ni jangan la habis macam ni.. tgh syok baca.. dah habis pulak citer planet Tiamat ni

    ReplyDelete
  6. abis apa komen diorang yg lebih mengetahui pasal nibiru ni, takan diam cam tu jer...

    ReplyDelete
  7. emptyspace & ontahsapo: belum habis... masih banyak lagi kajian mengenainya. Tapi mengenai jujuran pusingan dia masih menjadi misteri. Pihak nasa masih lagi cuba mengesan kedudukan altitud dia. Tapi katanya mereka memang dah nampak planet tu...

    ReplyDelete
  8. Anonymous7:08 PM

    ako suka tengok astro netional georgerapig..ada banyak ilmu plek2 yang ako tak tau lg.. hohoho~ tapi susah klu takde astro.. so blog ko r jadi tempat ako lepak cari ilmu pasal mendalah ni.. haha! !!

    pastu......

    bila nak hapdet..? ishk2..

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:41 PM

    Planet ni dijangka akan menghampiri bumi sekitar tahun 2010 hingga 2012 ... ia boleh menyebabkan bencana alam yang amat dahsyat berikutan gangguan graviti bumi .. ia pernah berlaku pada zaman dulu dimana kerak bumi terpisah hingga wujud benua yang ada skrg ... dan juga banyak bandar2 yang telah ditenggelami air .. bagaimanapun ada kemungkinan pelanggaran akan berlaku dan bumi akan hancur !! orang barat telah mengambil langkah bersedia untuk menghadapi kemungkinan ni tetapi adakah kita bersedia ???

    ReplyDelete